Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Jawab Ratu Ester, “Jika tuanku bermurah hati kepada hamba, ya Raja, dan jika Raja perkenankan, biarlah nyawa hamba dikurniakan kepada hamba atas permohonan hamba, begitu jugalah, hamba memohon nyawa bangsa hamba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:3
9 Iomraidhean Croise  

Para pegawai Raja Benhadad menghadapnya dan berkata, “Hamba sekalian mendengar bahawa raja-raja Israel berbelas kasihan. Benarkanlah hamba semua menghadap raja Israel dengan memakai kain guni pada pinggang kami sebagai tanda penyesalan, dan tali pada leher kami sebagai tanda takluk. Semoga raja itu menyelamatkan nyawa tuanku.”


Sekali lagi raja menyuruh seorang pegawai tentera bersama dengan lima puluh orang. Pegawai itu naik ke atas bukit lalu bersujud di hadapan Elia sambil memohon, “Hai hamba Allah, kasihanilah saya dan anak buah saya. Tolong jangan bunuh kami!


Dia memberi Hatah salinan surat raja yang sudah diisytiharkan di Susan, yang mengandungi perintah untuk membinasakan semua orang Yahudi. Mordekhai menyuruh Hatah membawa surat itu kepada Ester dan menjelaskan perkara itu kepadanya. Mordekhai juga meminta supaya Ester menghadap raja dan memohon belas kasihan bagi bangsanya.


“Jika tuanku berkenan untuk mengabulkan permintaan hamba, hamba ingin menjemput tuanku dan Haman sekali lagi ke jamuan makan yang hamba adakan esok. Nanti pada waktu itu hamba akan mengajukan permohonan hamba kepada tuanku.”


Raja sangat murka, lalu berdiri dan meninggalkan meja; raja terus ke luar, ke taman istana. Haman sedar bahawa raja sudah bertekad untuk menghukum dia kerana perbuatannya. Oleh itu, Haman tetap tinggal di situ bersama dengan Permaisuri Ester untuk memohon supaya diselamatkan.


“Jika tuanku berkenan, dan jika tuanku menyayangi hamba, hendaknya tuanku mengeluarkan surat perintah untuk membatalkan surat perintah Haman anak Hamedata keturunan Agag, yang mengandungi perintah untuk membinasakan semua orang Yahudi di seluruh kerajaan.


Si Penggoda menjawab, “Manusia rela mengorbankan segala milik mereka supaya dapat terus hidup.


Beritahu mereka bahawa engkau memohon supaya beta tidak memasukkan engkau semula ke penjara dan tidak membiarkan engkau mati di sana.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan