Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 6:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Kemudian raja bertanya, “Siapakah di kalangan pegawai beta yang berada di istana sekarang ini?” Kebetulan Haman baru sahaja masuk ke halaman istana. Dia datang untuk minta izin kepada raja untuk menggantung Mordekhai pada tiang penggantungan yang sudah didirikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Raja bertanya pula, “Siapakah yang berada di laman dalam itu?” Pada waktu itu Haman baru masuk ke laman luar istana raja untuk mengusulkan kepada raja supaya Mordekhai digantung pada tempat penggantungan yang telah disediakan untuknya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Kemudian raja bertanya, “Siapakah di kalangan pegawai beta yang berada di istana sekarang ini?” Kebetulan Haman baru sahaja masuk ke halaman istana. Dia datang untuk minta izin kepada raja untuk menggantung Mordekhai pada tiang penggantungan yang sudah didirikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 6:4
12 Iomraidhean Croise  

“Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, akan dihukum mati, jika dia masuk menghadap raja di istana, di halaman bahagian dalam, tanpa dipanggil oleh raja sendiri. Itulah undang-undang, dan semua orang, baik penasihat raja mahupun rakyat jelata, mengetahui hal itu. Ada satu jalan saja untuk lepas daripada undang-undang itu, iaitu apabila raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang yang datang menghadap. Tetapi sudah satu bulan raja tidak memanggil saya.”


Pada hari ketiga puasanya, Ester memakai pakaian permaisuri, lalu pergi ke halaman bahagian dalam di istana dan berdiri di hadapan pintu balairung. Raja sedang duduk di atas takhta yang menghadap pintu itu.


Setelah mendengar hal itu, isterinya dan semua sahabatnya berkata, “Dirikanlah sebuah tiang penggantungan setinggi 22 meter, dan pagi-pagi esok mintalah supaya raja menjatuhkan hukuman gantung kepada Mordekhai. Kemudian kamu dapat menghadiri jamuan itu dengan hati yang lega.” Haman berpendapat bahawa cadangan itu baik. Oleh itu dia menyuruh orang membina tiang penggantungan itu.


Raja bertanya, “Sudahkah kita menghormati serta membalas jasa Mordekhai itu?” Para pelayan raja menjawab, “Belum tuanku. Dia tidak menerima apa-apa!”


Oleh itu para pelayan raja berkata, “Haman ada di sini, tuanku. Dia ingin menghadap tuanku.” “Suruhlah dia masuk,” titah raja.


Seorang antara mereka yang bernama Harbona berkata, “Haman sudah membina tiang penggantungan dekat rumahnya untuk menggantung Mordekhai yang sudah menyelamatkan tuanku. Tiang itu setinggi 22 meter.” Raja bertitah, “Gantunglah Haman pada tiang itu!”


Dari takhta-Nya di syurga TUHAN tertawa dan mencemuh rancangan mereka.


Dia menyelamatkan mereka daripada kematian; Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan.


Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan