Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 6:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada malam itu juga raja tidak dapat beradu. Oleh itu, raja minta supaya catatan rasmi kerajaan diambil dan raja menyuruh orang membacakannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada malam itu raja tidak dapat tidur lalu baginda memerintahkan agar kitab catatan babad diambil dan dibaca di hadapan baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada malam itu juga raja tidak dapat beradu. Oleh itu, raja minta supaya catatan rasmi kerajaan diambil dan raja menyuruh orang membacakannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 6:1
12 Iomraidhean Croise  

Abraham menamakan tempat itu “TUHAN Menyediakan Apa Yang Diperlukan.” Sampai sekarang pun orang berkata, “Di atas gunung-Nya TUHAN menyediakan apa yang diperlukan.”


Semua perbuatannya yang besar dan hebat, termasuk kisah raja melantik Mordekhai sebagai pegawai tinggi, ada tercatat di dalam catatan rasmi raja-raja Persia dan Media.


Pada suatu hari, ketika Mordekhai bertugas di istana, Bigtan dan Teres, iaitu dua orang sida-sida yang mengawal pintu ke bilik-bilik raja, berasa sakit hati terhadap raja. Oleh itu mereka bermuslihat untuk membunuh raja.


Mordekhai mengetahui muslihat mereka itu lalu memberitahu Permaisuri Ester. Dengan segera Permaisuri Ester memberitahu raja tentang apa yang diketahui oleh Mordekhai.


Ketika hal itu disiasat, maka nyatalah bahawa laporan itu benar; kedua-dua orang itu dihukum gantung. Kemudian raja memberikan perintah supaya hal itu dicatat di dalam catatan rasmi kerajaan.


“Jika tuanku berkenan untuk mengabulkan permintaan hamba, hamba ingin menjemput tuanku dan Haman sekali lagi ke jamuan makan yang hamba adakan esok. Nanti pada waktu itu hamba akan mengajukan permohonan hamba kepada tuanku.”


Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air, ketika tekak mereka kering kerana kehausan, Aku, TUHAN akan mengabulkan doa mereka; Aku, Allah Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka.


Pada tahun kedua pemerintahannya, Raja Nebukadnezar bermimpi. Raja sangat khuatir tentang mimpinya itu sehingga tidak dapat beradu.


Kemudian mulut gua ditutup dengan sebuah batu besar, dan raja memeteraikan batu itu dengan meterainya sendiri serta meterai para pembesarnya, supaya tidak seorang pun dapat menyelamatkan Daniel.


Kemudian orang yang takut akan TUHAN bercakap sesama sendiri. TUHAN mendengar dan memperhatikan kata-kata mereka itu. Di hadapan TUHAN, nama setiap orang yang menghormati-Nya dan takut akan Dia, ditulis di dalam sebuah kitab.


Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan