Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 5:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada hari ketiga puasanya, Ester memakai pakaian permaisuri, lalu pergi ke halaman bahagian dalam di istana dan berdiri di hadapan pintu balairung. Raja sedang duduk di atas takhta yang menghadap pintu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Maka pada hari ketiga, Ester mengenakan pakaian diraja lalu berdiri di laman dalam istana raja, tepat di hadapan istana raja. Raja sedang bersemayam di atas takhta kerajaan, di dalam istana, berhadapan dengan pintu gerbang istana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada hari ketiga puasanya, Ester memakai pakaian permaisuri, lalu pergi ke halaman bahagian dalam di istana dan berdiri di hadapan pintu balairung. Raja sedang duduk di atas takhta yang menghadap pintu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 5:1
14 Iomraidhean Croise  

Raja menyuruh mereka membawa Permaisuri Wasti kepadanya dengan memakai mahkota kerajaan. Permaisuri itu sangat cantik dan raja hendak memperlihatkan kecantikannya kepada para pembesar dan tetamunya.


Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.


“Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, akan dihukum mati, jika dia masuk menghadap raja di istana, di halaman bahagian dalam, tanpa dipanggil oleh raja sendiri. Itulah undang-undang, dan semua orang, baik penasihat raja mahupun rakyat jelata, mengetahui hal itu. Ada satu jalan saja untuk lepas daripada undang-undang itu, iaitu apabila raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang yang datang menghadap. Tetapi sudah satu bulan raja tidak memanggil saya.”


“Suruhlah semua orang Yahudi di Susan berkumpul. Suruhlah mereka berpuasa dan berdoa bagi saya. Jangan makan atau minum apa-apa pun selama tiga hari dan tiga malam. Saya sendiri dan dayang-dayang saya pun akan berbuat demikian. Setelah itu saya akan menghadap raja, walaupun perbuatan itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati!”


Kemudian Mordekhai pergi dari situ dan melakukan semua yang dipesankan oleh Ester.


Kemudian raja bertanya, “Siapakah di kalangan pegawai beta yang berada di istana sekarang ini?” Kebetulan Haman baru sahaja masuk ke halaman istana. Dia datang untuk minta izin kepada raja untuk menggantung Mordekhai pada tiang penggantungan yang sudah didirikan.


Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita.


“Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.


Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana!


Oleh itu suruhlah orang mengawal kubur itu baik-baik sehingga hari ketiga. Dengan demikian pengikut-pengikutnya tidak dapat mencuri jenazah Yesus, dan memberitahu orang bahawa dia telah dibangkitkan daripada kematian. Penipuan yang terakhir ini akan lebih buruk daripada yang pertama.”


Kamu akan makan minum dengan Aku dan memerintah bersama-sama Aku pada waktu Aku menjadi raja. Kamu akan duduk di atas takhta untuk memerintah dua belas suku Israel.”


Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan