Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Ketika para dayang dan sida Ester datang memaklumkan hal itu kepadanya, sang ratu teramat susah hati. Lalu dikirimkannya pakaian kepada Mordekhai supaya dia menggantikan pakaian perkabungan di tubuhnya, tetapi Mordekhai enggan menerimanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:4
10 Iomraidhean Croise  

Semua anak Yakub, baik lelaki mahupun perempuan datang menghibur dia, tetapi dia tidak mahu dihibur. Yakub berkata, “Aku tidak akan berhenti berkabung bagi anakku sehingga aku mati.” Demikianlah dia terus-menerus berkabung bagi anaknya Yusuf.


Raja Yehu melihat ke atas lalu bertitah, “Adakah sesiapa yang memihak beta?” Ada dua atau tiga orang pegawai istana melihat ke bawah dari sebuah jendela.


Tetapi apabila sida-sida itu menyampaikan perintah raja, Permaisuri Wasti tidak mahu datang. Perbuatannya itu menyebabkan raja sangat murka.


Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.


Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida di istana yang ditugaskan raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah bertanya kepada Mordekhai apa yang sedang berlaku dan mengapa dia bertindak begitu.


Aku berseru dengan nyaring kepada Allah; dengan nyaring aku berseru supaya Dia mendengar.


Orang bangsa asing yang telah bergabung dengan umat TUHAN tidak boleh berkata, “TUHAN tidak membenarkan aku menyembah Dia bersama-sama umat-Nya.” Orang yang telah dikembiri tidak boleh berkata bahawa dia bukan sebahagian daripada umat Allah kerana dia tidak boleh mendapat anak.


TUHAN berfirman, “Di Rama terdengar ratapan, tangisan yang penuh kepedihan. Rahel meratapi anak-anaknya; dia tidak mahu dihibur kerana mereka sudah tiada.


Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. Pegawai itu pergi ke Yerusalem untuk menyembah Allah dan sekarang dia dalam perjalanan pulang. Dia duduk di dalam kereta kudanya, sambil membaca kitab Nabi Yesaya.


Ladang dan ladang anggur kamu akan dikenakan cukai sepuluh peratus daripada hasilnya, lalu raja akan memberikannya kepada para pegawai dan pegawai tentera raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan