Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Apabila Mordekhai mengetahui segala yang berlaku itu, dia mengoyakkan pakaiannya lalu memakai pakaian perkabungan dan abu. Keluarlah dia ke tengah-tengah kota sambil berteriak-teriak dengan nyaring dan pedih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:1
27 Iomraidhean Croise  

Apabila Esau mendengar hal itu, dia meraung-raung dengan penuh kepedihan, lalu berkata, “Berkatilah saya juga, ayah!”


Yakub mengoyakkan pakaiannya kerana sedih lalu memakai kain guni. Dia meratapi anaknya itu berhari-hari lamanya.


Setelah mendengar hal itu, Daud mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Semua anak buahnya juga berbuat demikian.


Tamar menaruh abu di atas kepalanya, mengoyak jubahnya, dan pergi sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangan serta menangis dengan pilu.


Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk.


Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.


Kemudian Ayub berdiri dan mengoyakkan pakaiannya kerana kesedihan. Dia mencukur rambutnya dan bersujud.


Ayub pergi duduk di sebelah timbunan sampah sambil mengikis kudisnya dengan sekeping pecahan tembikar.


Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”


Tangisan orang di Hesybon dan Eleale terdengar sampai ke Yahas. Bahkan askar-askar pun gementar; mereka hilang semangat.


Tinggalkanlah aku seorang diri untuk meratapi semua orangku yang telah mati. Jangan cuba menghibur aku.


Apabila mendengar laporan mereka, Raja Hizkia mengoyakkan pakaiannya kerana sedih. Baginda memakai kain guni lalu pergi ke Rumah TUHAN.


Baginda menyuruh Elyakim, pengurus istana, dan Sebna, setiausaha istana, serta imam-imam yang tua untuk menjumpai Nabi Yesaya anak Amos. Mereka juga memakai kain guni.


Apabila berpuasa, kamu menyeksa diri. Kamu menundukkan kepala seperti daun rumput yang runduk. Kamu berbaring di atas kain guni dan abu. Itukah yang kamu sebut puasa? Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan perbuatan kamu itu?


Pedang itu dikilatkan supaya siap digunakan, diasah dan dikilatkan, untuk diserahkan kepada seorang pembunuh.


Hai manusia fana, mengeluhlah di depan orang seolah-olah engkau patah hati dan terlalu sedih.


Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.


Kemudian Mikha berkata, “Oleh itu aku akan berkabung dan meratap. Untuk menunjukkan kesedihanku, aku akan berjalan tanpa pakaian dan tanpa kasut. Aku akan melolong seperti serigala dan meraung seperti burung unta.


Hari penghakiman TUHAN sudah dekat, sesungguhnya, hari itu sudah sangat hampir dan akan tiba dengan segera. Hari itu akan penuh kepedihan, sehingga askar-askar yang paling gagah pun akan meraung-raung kerana putus asa.


“Alangkah malangnya kamu, hai Korazin! Alangkah malangnya kamu, hai Betsaida! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Tirus dan Sidon, penduduk di sana pasti sudah lama bertaubat daripada dosa mereka, lalu mengenakan kain guni dan menaruh abu di kepala.


Apabila Barnabas dan Paulus mendengar apa yang akan dilakukan oleh orang di situ, mereka mengoyak-ngoyak pakaian lalu berlari ke tengah-tengah orang ramai sambil berseru,


Yosua dan para pemimpin Israel mengoyak-ngoyakkan pakaian kerana dukacita, lalu sujud di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN sehingga senja. Mereka juga menghamburkan debu di atas kepala untuk menunjukkan kesedihan mereka.


Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan