Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 3:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Jika tuanku berkenan, hendaklah surat perintah dikeluarkan untuk membinasakan mereka. Jika tuanku menerima cadangan ini, hamba pasti dapat memasukkan lebih daripada 340,000 kilogram perak ke dalam perbendaharaan diraja bagi pentadbiran kerajaan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Dengan perkenan tuanku, biarlah dikeluarkan surat perintah untuk membinasakan mereka. Hamba akan membayar sepuluh ribu talenta perak untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan Raja untuk dibayar kepada para pegawai yang menjalankan tugas yang berkenaan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Jika tuanku berkenan, hendaklah surat perintah dikeluarkan untuk membinasakan mereka. Jika tuanku menerima cadangan ini, hamba pasti dapat memasukkan lebih daripada 340,000 kilogram perak ke dalam perbendaharaan diraja bagi pentadbiran kerajaan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 3:9
7 Iomraidhean Croise  

Abraham bersetuju dengan harga itu. Lalu dia menimbang perak sejumlah yang disebut oleh Efron di hadapan orang Het, iaitu empat ratus keping wang perak, dengan timbangan yang digunakan oleh para saudagar.


Setelah mendengar perkara itu, raja menanggal cincin daripada jarinya; cincin itulah yang dipakainya untuk memeteraikan pengisytiharan rasmi. Raja memberikan cincin itu kepada musuh besar orang Yahudi, iaitu Haman anak Hamedata, keturunan Agag.


Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.


Mordekhai memberitahu dia segala yang dialaminya, dan berapa banyak wang perak yang dijanjikan oleh Haman untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan diraja, setelah semua orang Yahudi dibunuh.


kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”


Ketika itulah beberapa orang Babilonia mengambil kesempatan untuk mencari kesalahan orang Yahudi.


Apabila raja mula berbuat demikian, salah seorang pegawainya yang meminjam wang beratus-ratus juta dibawa menghadap.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan