Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 3:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Maka berkatalah Haman kepada Raja Ahasyweros, “Ada bangsa tertentu yang terpencar dan tersebar antara pelbagai suku kaum dalam seluruh wilayah kerajaan tuanku. Mereka patuh kepada undang-undang yang berbeza daripada perundangan segala bangsa dan mereka tidak mematuhi hukum Raja. Maka tidaklah patut Raja membiarkan mereka berbuat sedemikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 3:8
25 Iomraidhean Croise  

Pada permulaan pemerintahan Raja Ahasweros, musuh penduduk Yehuda dan Yerusalem menulis surat tuduhan.


Ya TUHAN, ingatlah akan firman-Mu kepada Musa dahulu, ‘Jika kamu, umat Israel, tidak setia kepada-Ku, Aku akan mencerai-beraikan kamu ke bangsa-bangsa lain.


Jika tuanku berkenan, hendaklah surat perintah dikeluarkan untuk membinasakan mereka. Jika tuanku menerima cadangan ini, hamba pasti dapat memasukkan lebih daripada 340,000 kilogram perak ke dalam perbendaharaan diraja bagi pentadbiran kerajaan.”


Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.


“Adakah engkau tahu orang berkata bahawa Aku telah menolak Israel dan Yehuda, dua keluarga yang telah Kupilih itu? Orang menghina umat-Ku dan tidak lagi menganggap mereka sebagai satu bangsa.


TUHAN berfirman, “Umat Israel seperti kawanan domba yang dikejar dan dicerai-ceraikan oleh singa. Mula-mula mereka diserang oleh raja Asyur, kemudian Raja Nebukadnezar dari Babilonia, mengerumit tulang-tulang mereka.


Beritahulah sesama bangsamu dalam buangan bahawa Akulah yang menghantar mereka jauh ke antara bangsa-bangsa, serta mencerai-beraikan mereka di negeri-negeri lain. Namun untuk sementara waktu, Aku akan menyertai mereka di tempat itu.


Aku akan membiarkan sebilangan daripada mereka terlepas daripada pembantaian itu, lalu dicerai-beraikan di negeri-negeri lain.


Ketika itulah beberapa orang Babilonia mengambil kesempatan untuk mencari kesalahan orang Yahudi.


mereka semua menghadap raja untuk mengadu tentang Daniel. Mereka berkata, “Tuanku telah menandatangani satu perintah yang melarang sesiapa pun selama tiga puluh hari ini untuk meminta apa-apa daripada dewa atau manusia, kecuali daripada tuanku sendiri. Sesiapa yang melanggar perintah itu akan dibuang ke dalam gua singa.” Raja bertitah, “Memang benar. Perintah itu menjadi undang-undang Media dan Persia yang tidak boleh diubah.”


Lalu mereka berkata kepada raja, “Daniel, salah satu orang buangan dari Yehuda, tidak menghormati tuanku dan tidak mematuhi perintah tuanku. Dia tetap berdoa tiga kali sehari.”


Aku akan mendatangkan peperangan di negeri kamu, lalu kamu akan tercerai-cerai di negeri orang. Kota-kota kamu akan hancur dan negeri kamu akan terlantar.


Seperti angin ribut, Aku menyelerakkan mereka sehingga mereka terpaksa tinggal di negeri asing. Tanah yang subur ini telah menjadi tandus, sunyi sepi, dan tidak berpenghuni.”


Dari puncak gunung aku nampak mereka, dari atas bukit aku memperhatikan mereka. Mereka suatu bangsa yang hidup tersendiri, mereka tahu, mereka diberkati lebih daripada bangsa lain.


Para penguasa Yahudi berkata sesama sendiri, “Ke manakah dia mahu pergi sehingga kita tidak dapat menjumpai dia? Adakah dia mahu pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di luar negeri antara orang bukan Yahudi, lalu mengajar mereka?


Kami dapati orang ini pengacau yang berbahaya. Dia menimbulkan kekacauan di kalangan orang Yahudi di seluruh dunia dan dia pemimpin kumpulan orang Nasaret.


Tetapi kami ingin mendengar pendapat saudara, kerana kami tahu bahawa orang di serata tempat mencela kumpulan yang saudara anggotai.”


maka TUHAN, Allah kamu akan mengasihani kamu. Dia akan membawa kamu kembali dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu, lalu menjadikan kamu makmur semula.


Aku seharusnya membinasakan mereka semua, supaya tidak seorang pun ingat akan mereka.


TUHAN akan mencerai-beraikan kamu antara bangsa-bangsa lain, dan hanya sedikit di kalangan kamu akan hidup.


Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus.


Surat ini daripada Petrus, rasul Yesus Kristus dan ditujukan kepada umat pilihan Allah, yang tinggal sebagai orang pelarian yang tercerai-cerai di seluruh daerah Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia, dan Bitinia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan