Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 3:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Kesemua pegawai raja yang berada di pintu gerbang istana berlutut dan memberi hormat kepada Haman sebagaimana yang diperintahkan raja mengenai Haman. Akan tetapi, Mordekhai enggan berlutut dan memberi hormat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 3:2
15 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja memberikan kereta kuda diraja yang kedua kepada Yusuf sebagai kenderaannya, dan pengawal kehormat diraja berjalan di hadapan kereta kuda itu sambil berseru-seru, “Beri jalan! Beri jalan!” Demikianlah Yusuf dilantik menjadi gabenor seluruh Mesir.


Sementara itu Mordekhai telah diangkat oleh raja menjadi seorang pegawai negeri.


Pada suatu hari, ketika Mordekhai bertugas di istana, Bigtan dan Teres, iaitu dua orang sida-sida yang mengawal pintu ke bilik-bilik raja, berasa sakit hati terhadap raja. Oleh itu mereka bermuslihat untuk membunuh raja.


Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.


Beberapa waktu kemudian, Raja Ahasyweros melantik seorang yang bernama Haman menjadi perdana menteri. Haman ialah anak Hamedata daripada keturunan Agag.


Para pegawai lain yang berkhidmat kepada raja bertanya kepada Mordekhai sebabnya dia melanggar perintah raja.


Haman sangat marah apabila dia mengetahui bahawa Mordekhai tidak mahu bersujud kepadanya.


Ketika Haman pulang dari jamuan itu, hatinya riang gembira. Tetapi apabila Haman nampak Mordekhai di pintu gerbang istana, dan Mordekhai tidak berdiri atau menunjukkan tanda penghormatan semasa dia lalu, Haman naik berang.


yang menghina orang yang ditolak Allah, tetapi menghormati orang yang taat kepada TUHAN; yang sentiasa menepati janji mereka, tanpa mengira kerugian;


Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Tulislah peristiwa ini supaya dapat dikenang. Beritahulah Yosua bahawa orang Amalek akan Aku binasakan sama sekali.”


Musa berkata, “Kibarkanlah panji TUHAN! TUHAN akan terus-menerus berperang melawan orang Amalek hingga selama-lamanya!”


Atas permintaan Daniel, raja menyerahkan pentadbiran wilayah Babel kepada Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Tetapi Daniel tinggal di istana raja dan berkhidmat di situ.


Oleh itu, apabila TUHAN, Allah kamu telah memberikan tanah itu kepada kamu, dan memberi kamu keamanan daripada semua musuh yang tinggal di sekeliling, kamu mesti membunuh semua orang Amalek supaya tidak seorang pun ingat akan mereka lagi. Jangan lupakan hal ini!”


Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.


Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan