Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Beberapa waktu kemudian, Raja Ahasyweros melantik seorang yang bernama Haman menjadi perdana menteri. Haman ialah anak Hamedata daripada keturunan Agag.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Beberapa waktu sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Raja Ahasyweros mengurniakan kebesaran kepada bani Agag iaitu Haman anak Hamedata. Dengan demikian, baginda meninggikannya serta menetapkan kedudukannya di atas semua pembesar baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Beberapa waktu kemudian, Raja Ahasyweros melantik seorang yang bernama Haman menjadi perdana menteri. Haman ialah anak Hamedata daripada keturunan Agag.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 3:1
15 Iomraidhean Croise  

Beta melantik kamu menjadi gabenor, dan segenap rakyat akan mentaati perintahmu. Hanya beta yang lebih berkuasa daripadamu.”


Apabila rakyat Mesir mula menderita kebuluran, mereka meminta makanan daripada raja. Oleh itu raja menyuruh mereka pergi kepada Yusuf dan mentaati segala sesuatu yang diperintahkannya.


Beta, bersama-sama tujuh orang penasihat beta, mengutus kamu untuk menyelidiki keadaan di Yerusalem dan Yehuda. Periksalah sama ada Taurat Allah yang telah diamanahkan kepadamu itu benar-benar ditaati.


Para penasihat raja yang paling sering dipanggil ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena, dan Memukan. Mereka pegawai Persia dan Media yang memangku kedudukan paling tinggi dalam kerajaan itu.


Setelah mendengar perkara itu, raja menanggal cincin daripada jarinya; cincin itulah yang dipakainya untuk memeteraikan pengisytiharan rasmi. Raja memberikan cincin itu kepada musuh besar orang Yahudi, iaitu Haman anak Hamedata, keturunan Agag.


Haman membanggakan diri di hadapan mereka - betapa kayanya dia, betapa banyaknya anak lelakinya, betapa pentingnya kedudukan yang diterimanya daripada raja, dan tingginya pangkatnya daripada pegawai lain.


Ester menjawab, “Musuh dan penganiaya kami ialah Haman, orang yang jahat ini!” Haman memandang raja dan permaisuri dengan sangat ketakutan.


Selepas itu Ester menghadap raja lagi sambil bersujud dan menangis. Dia memohon agar raja menghentikan komplot yang dirancang oleh Haman, keturunan Agag, terhadap orang Yahudi.


Orang jahat terdapat di merata-rata tempat, dan setiap orang menyanjung kejahatan. Selamatkanlah kami, ya TUHAN, peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.


Apabila orang yang adil memerintah, rakyat gembira. Apabila orang jahat memerintah, rakyat menderita.


Orang bodoh diberikan kedudukan yang bertanggungjawab, sedangkan orang kaya diketepikan.


Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor.


Mereka akan mendapat air hujan berlimpah-limpah, dan menanam benih di ladang yang cukup air. Raja mereka lebih agung daripada Raja Agag, dan kerajaan baginda akan diluaskan.


Kemudian Samuel berkata, “Seperti pedangmu sudah menyebabkan banyak ibu kehilangan anak, demikian juga ibumu akan kehilangan anaknya.” Lalu Samuel memotong-motong Raja Agag di depan mazbah di Gilgal.


Raja Saul menangkap Raja Agag, raja orang Amalek, dan membunuh semua orang Amalek,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan