Ester 2:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)12 Jangka masa rawatan kecantikan biasanya berlangsung selama satu tahun: enam bulan dengan minyak mur, dan enam bulan lagi dengan minyak wangi-wangian yang lain. Selepas itu, tiap-tiap anak dara itu bergilir-gilir dihadapkan kepada Raja Ahasyweros. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo12 Setelah dirawat dua belas bulan lamanya, selaras dengan peraturan bagi para perempuan, iaitu tempoh perawatan yang harus dilalui: enam bulan dengan minyak damar wangi dan enam bulan dengan pelbagai salap serta wangi-wangian, maka setiap gadis mendapat giliran untuk masuk menghadap Raja Ahasyweros. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik12 Jangka masa rawatan kecantikan biasanya berlangsung selama satu tahun: enam bulan dengan minyak mur, dan enam bulan lagi dengan minyak wangi-wangian yang lain. Selepas itu, tiap-tiap anak dara itu bergilir-gilir dihadapkan kepada Raja Ahasyweros. Faic an caibideil |
Hendaklah tuanku melantik pegawai di semua wilayah kerajaan, lalu suruhlah mereka membawa semua anak dara yang cantik ke istana wanita di Susan, ibu kota ini. Serahkanlah mereka ke bawah jagaan Hegai, sida-sida yang menjadi ketua rumah tangga istana wanita. Dia akan mengurus mereka dan memberikan perawatan kecantikan kepada mereka.
Sekarang mereka memakai minyak wangi, tetapi kelak mereka akan berbau busuk. Tali pinggang mereka yang halus akan diganti dengan tali yang kasar. Kepala mereka yang berambut cantik akan menjadi botak. Pakaian mereka yang elok-elok akan diganti dengan kain buruk. Kecantikan mereka akan diganti dengan keburukan yang memalukan!