Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 10:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mordekhai, orang Yahudi itu tetap memegang jawatan tertinggi di bawah Raja Ahasyweros sendiri. Mordekhai dihormati dan disukai oleh orang sebangsanya. Dia berjuang untuk kebaikan dan kesejahteraan bangsanya serta semua keturunan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Mordekhai, orang Yahudi itu, menjadi orang kedua di bawah Raja Ahasyweros. Dialah yang berpangkat tertinggi antara orang Yahudi dan dipandang tinggi serta dikagumi oleh ramai sekali warga sebangsa dengannya atas ikhtiarnya membawa kebaikan kepada bangsanya dan mengetengahkan fasal peri pentingnya kesejahteraan kesemua anak cucu keturunannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mordekhai, orang Yahudi itu tetap memegang jawatan tertinggi di bawah Raja Ahasyweros sendiri. Mordekhai dihormati dan disukai oleh orang sebangsanya. Dia berjuang untuk kebaikan dan kesejahteraan bangsanya serta semua keturunan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 10:3
17 Iomraidhean Croise  

Beta melantik kamu menjadi gabenor, dan segenap rakyat akan mentaati perintahmu. Hanya beta yang lebih berkuasa daripadamu.”


Ayah dapat tinggal di daerah Gosyen, berhampiran dengan saya – ayah, bersama dengan anak cucu, domba, kambing, lembu, dan segala kepunyaan ayah.


Jika ayah berada di Gosyen, saya dapat menjaga ayah. Kebuluran masih akan berlaku lima tahun lagi, dan akan saya usahakan agar ayah, keluarga, serta ternakan ayah tidak kekurangan apa-apa pun.’ ”


Seorang askar Israel yang bernama Zikhri membunuh Maaseya, putera Raja Ahas, dan Azrikam ketua istana, serta Elkana, pegawai kanan raja.


Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah.


Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.


Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai.


Beta mendengar bahawa kamu dapat mentafsirkan rahsia-rahsia yang dalam dan tersembunyi. Jika kamu dapat membaca dan mentafsirkan tulisan itu, maka kamu akan diberikan pakaian diraja, iaitu jubah ungu dan kalung emas tanda kebesaran, dan kamu akan dilantik menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan ini.”


Pada saat itu juga Raja Belsyazar memerintahkan hamba-hambanya mengenakan pakaian diraja, iaitu jubah ungu pada Daniel, dan kalung emas tanda kebesaran pada lehernya. Raja melantik dia menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan itu.


Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.


Saudara-saudaraku! Dengan sepenuh hati aku berharap supaya bangsaku diselamatkan! Dengan tekun aku berdoa kepada Allah bagi mereka.


Orang yang mengabdikan diri kepada Kristus dengan cara demikian, menyenangkan hati Allah dan dihargai orang lain.


Tetapi semua penduduk Israel dan Yehuda mengasihi Daud, kerana dia seorang pemimpin yang banyak jasa.


Yonatan berkata kepadanya, “Jangan takut, engkau tidak akan jatuh ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan