Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 10:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja Ahasyweros mengenakan kerja paksa kepada rakyat di daerah-daerah pantai dan juga di daerah-daerah pedalaman di dalam kerajaan baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Raja Ahasyweros mengenakan pembayaran ufti di seluruh kerajaannya dan daerah-daerah pesisir laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja Ahasyweros mengenakan kerja paksa kepada rakyat di daerah-daerah pantai dan juga di daerah-daerah pedalaman di dalam kerajaan baginda.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 10:1
8 Iomraidhean Croise  

Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.


Di Susan, ibu kota Persia, Raja Ahasyweros memerintah 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.


Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.


Raja-raja Tarsis dan pulau-pulau akan mempersembahkan hadiah kepadanya; raja-raja negeri Syeba dan Seba juga akan membawa ufti untuknya.


Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


dan orang di timur akan memuji Dia. Penduduk di kawasan pantai akan memuji TUHAN, Allah Israel.


Selepas itu raja Siria akan menyerang bangsa-bangsa yang tinggal di tepi laut, dan menakluki banyak bangsa. Tetapi seorang pemimpin bangsa asing akan mengalahkan raja Siria dan akan menghentikan hinaan yang dilakukannya, lalu membalas hinaan itu kepadanya.


Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk Empayar Roma mendaftarkan diri untuk dibanci.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan