Daniel 9:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo9 Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu. Faic an caibideil |
Tetapi di padang gurun itu pun mereka melawan Aku. Mereka melanggar hukum-Ku dan menolak perintah-Ku, yang memberikan hidup kepada sesiapa yang mentaatinya. Mereka sama sekali mencemarkan hari Sabat. Aku telah bersedia untuk membiarkan mereka merasakan segala kedahsyatan kemurkaan-Ku di padang gurun itu dan Aku hendak membinasakan mereka.
Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.