Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 9:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Engkau, ya Tuhan selalu berbuat yang benar, sedangkan kami selalu mendatangkan malu kepada kami sendiri. Demikian juga semua bangsa kami yang tinggal di Yehuda, Yerusalem, dan semua orang Israel yang Engkau cerai-beraikan di negeri-negeri dekat dan jauh kerana mereka tidak setia kepada-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Ya Tuhan, Engkaulah yang benar, dan kamilah yang penuh rasa malu sebagaimana nyata pada hari ini, kami orang Yehuda, penduduk Yerusalem, dan semua orang Israel, baik mereka yang dekat mahupun yang jauh, di segala negeri tempat Engkau menghalau mereka kerana kemungkaran yang dilakukan oleh mereka terhadap Engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Engkau, ya Tuhan selalu berbuat yang benar, sedangkan kami selalu mendatangkan malu kepada kami sendiri. Demikian juga semua bangsa kami yang tinggal di Yehuda, Yerusalem, dan semua orang Israel yang Engkau cerai-beraikan di negeri-negeri dekat dan jauh kerana mereka tidak setia kepada-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 9:7
34 Iomraidhean Croise  

Sekarang Engkau telah menghukum kami kerana segala dosa dan pelanggaran kami terhadap hukum-Mu. Tetapi kami tahu ya Allah kami, bahawa hukuman-Mu itu jauh lebih ringan daripada yang setimpal dengan perbuatan kami; malahan Engkau telah menyelamatkan kami.


Ya TUHAN, Allah Israel, Engkau sungguh adil. Walaupun demikian, Engkau telah membenarkan kami hidup. Kami mengakui dosa kami. Kami tidak layak menghadap hadirat-Mu.”


Tindakan-Mu adil untuk menghukum kami yang bercela; Engkau setia, walaupun kami berbuat dosa.


Engkau adil, ya TUHAN, dan hukum-Mu adil.


Engkau menjadikan kami ejekan bangsa-bangsa; mereka menggelengkan kepala dan mengumpat kami.


Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.


Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku.


Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


Semua orang yang membuat berhala akan dipermalukan dan dihina.


Ya TUHAN, jika aku mengemukakan perkaraku kepada-Mu, tentu akan terbukti bahawa Engkaulah yang benar. Tetapi aku harus menanyai Engkau tentang keadilan. Mengapakah orang jahat makmur? Mengapakah orang yang tidak jujur berjaya?


Apabila dia menjadi raja, orang Yehuda akan selamat, dan orang Israel akan hidup dengan damai. Raja itu akan disebut ‘TUHAN Penyelamat Kita’.


Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka sehingga semua bangsa di seluruh dunia takut. Mereka akan diejek, dijadikan bahan tertawaan dan dipermalukan. Di mana sahaja Aku mencerai-beraikan mereka, nama mereka akan digunakan sebagai kutuk.


Oleh itu, biarlah kami menanggung malu dan biarlah kami menjadi hina. Kami dan nenek moyang kami selalu berdosa terhadap TUHAN, Allah kami; kami tidak pernah taat kepada perintah-Nya.”


kerana segala kejahatan yang dilakukan oleh orang Yehuda dan orang Yerusalem, bersama-sama raja dan para pemimpin, para imam dan nabi mereka.


Penduduk Yehuda dan Yerusalem akan diselamatkan, dan mereka akan hidup dengan aman. Kota itu akan dinamakan ‘TUHAN Penyelamat Kita’.


dan mengepung Yerusalem seperti orang mengawal ladang. Semua perkara itu berlaku kerana penduduk Yehuda telah memberontak terhadap TUHAN. TUHAN telah berfirman.


Tetapi sesungguhnya, bukan Aku yang disakiti mereka, melainkan diri mereka sendiri sehingga mereka dipermalukan.


Aku akan mengampunkan segala kesalahanmu, tetapi engkau akan mengingatnya dan berasa terlalu malu sehingga engkau tidak berani membuka mulut.” TUHAN Raja telah berfirman.


Kamu akan teringat kepada kelakuan jahat dan kesalahan yang kamu lakukan, lalu kamu akan berasa jijik terhadap diri sendiri kerana dosa dan kekejian kamu itu.


Akibatnya, di Yerusalem, ibu bapa akan makan anak mereka, dan anak akan makan ibu bapa mereka. Aku akan menghukum engkau dan mencerai-beraikan sesiapa sahaja yang masih hidup ke semua arah.


Mereka yang jauh akan jatuh sakit lalu mati; mereka yang dekat akan mati dalam peperangan; sesiapa yang masih hidup dan terselamat akan mati kelaparan. Mereka akan merasakan kedahsyatan kemurkaan-Ku.


Engkau bersedia menghukum kami, ya TUHAN, Allah kami, dan Engkau sudah pun menghukum kami. Apa yang Engkau lakukan memang adil kerana kami tidak mendengarkan Engkau.


Dengarkanlah kami, ya Allah; pandanglah kami, dan lihatlah kesusahan kami. Lihatlah penderitaan kota yang disebut dengan nama-Mu. Kami berdoa kepada-Mu kerana Engkau penuh belas kasihan dan bukan kerana jasa kami.


Raja-raja kami, penguasa-penguasa kami dan nenek moyang kami telah melakukan hal yang memalukan serta berdosa terhadap-Mu, ya Tuhan.


Aku akan memberikan perintah, dan Aku akan menampi umat Israel seperti orang menampi gandum dengan penampi. Aku akan menampi mereka antara bangsa-bangsa untuk membuang semua yang tidak berguna.


Tetapi apakah faedah yang kamu terima daripada perbuatan yang sekarang menyebabkan kamu berasa malu? Perbuatan-perbuatan itu hanya mengakibatkan kematian!


TUHAN pembela kamu yang perkasa, Dia sempurna dan adil dalam segala perkara; Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya, Dia melakukan yang baik dan yang benar.


TUHAN akan mencerai-beraikan kamu antara bangsa-bangsa lain, dan hanya sedikit di kalangan kamu akan hidup.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan