Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Satu daripada empat buah tanduk itu tiba-tiba menumbuhkan sebuah tanduk yang kecil, dan kuasa tanduk kecil itu meluas ke arah selatan, timur, dan ke arah tanah yang permai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Daripada salah satu tanduk itu keluarlah sebatang tanduk kecil yang menjadi sangat besar ke arah selatan, ke arah timur, dan ke arah Tanah Yang Mulia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Satu daripada empat buah tanduk itu tiba-tiba menumbuhkan sebuah tanduk yang kecil, dan kuasa tanduk kecil itu meluas ke arah selatan, timur, dan ke arah tanah yang permai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:9
12 Iomraidhean Croise  

TUHAN menjadikan umat-Nya bertambah banyak, sehingga mereka menjadi lebih kuat daripada musuh.


TUHAN sungguh agung dan terpuji di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci.


TUHAN berfirman, “Hai Israel, Aku ingin menerima engkau sebagai anak-Ku, dan memberi engkau negeri yang menyenangkan hati, negeri yang terbaik di seluruh dunia. Aku ingin engkau memanggil Aku ‘Bapaku’, dan tidak sekali-kali berpaling daripada-Ku lagi.


Oleh itu di padang gurun itu Aku berjanji tidak akan membenarkan mereka pergi ke tanah yang telah Aku berikan kepada mereka, tanah yang kaya dan subur, dan terbaik.


Ketika itulah Aku berjanji akan membawa mereka keluar dari Mesir, dan memimpin mereka ke tanah yang telah Kupilih untuk mereka, tanah yang kaya dan subur, dan terbaik.


Penguasa Siria akan memperlakukan mereka dengan sesuka hati tanpa tentangan. Dia akan menduduki tanah yang permai dan menguasai seluruhnya.


Malaikat itu melanjutkan penerangannya, “Raja Siria yang berikut adalah orang yang jahat. Dia tidak berhak menjadi raja, tetapi dia akan datang dengan tiba-tiba dan merampas kuasa dengan tipu daya.


Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.


Seperti angin ribut, Aku menyelerakkan mereka sehingga mereka terpaksa tinggal di negeri asing. Tanah yang subur ini telah menjadi tandus, sunyi sepi, dan tidak berpenghuni.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan