Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Kambing jantan itu terlalu membesarkan diri. Tetapi sesudah ia menjadi teramat kuat, tanduknya yang besar itu patah. Sebagai gantinya tumbuhlah empat batang tanduk yang menanjak ke arah empat mata angin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:8
19 Iomraidhean Croise  

Selepas Raja Uzia menjadi kuat, baginda menjadi sombong; kesombongan baginda menyebabkan kejatuhannya. Raja Uzia melanggar perintah TUHAN, Allahnya kerana baginda membakar kemenyan di atas mazbah kemenyan di Rumah TUHAN.


Di seluruh kerajaan itu, orang tahu bahawa Mordekhai seorang yang berkuasa di istana, dan bahawa kuasanya semakin bertambah.


Aku akan menyebabkan angin dari segala arah meniupkan Elam, dan Aku akan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi pelarian dari Elam.


Mereka seperti pemburu burung yang mengisi sangkar dengan burung, kerana mereka mengisi rumah dengan barang-barang yang diperoleh dengan penipuan. Demikianlah mereka menjadi berkuasa dan kaya,


Aku memelihara engkau sehingga engkau membesar seperti tanaman yang subur. Engkau tumbuh sihat dan tinggi, dan menjadi wanita muda. Buah dadamu montok dan rambutmu sudah tumbuh, tetapi engkau masih bogel.


Pada waktu itu, masihkah engkau dapat mengatakan bahawa engkau dewa? Apabila engkau menghadapi pembunuhmu, nyatalah engkau hanya manuisa fana dan bukan dewa.


Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.


Tetapi sebelum raja habis bertitah, terdengar suara berucap dari langit, “Raja Nebukadnezar, dengarlah kata-kata ini! Sekarang kekuasaanmu sebagai raja diambil daripadamu.


Tetapi kerana baginda menjadi sombong, keras kepala, dan kejam, baginda diturunkan daripada takhta lalu kehilangan keagungannya.


yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.


Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.


Empat buah tanduk yang muncul selepas tanduk yang pertama itu patah, bermakna kerajaan Yunani akan terpecah menjadi empat kerajaan yang tidak sekuat kerajaan yang pertama itu.


Sementara aku memandang, seekor kambing jantan meluru dari barat dan melintasi bumi dengan amat laju sehingga kakinya tidak lagi menyentuh tanah. Kambing jantan itu mempunyai sebuah tanduk yang menonjol di antara dua matanya.


Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.


Trompet akan dibunyikan dengan kuat, dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikat-Nya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung langit.”


Dia akan mengutus malaikat-malaikat ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan-Nya dari hujung bumi ke hujung langit.”


Aku akan membawa mereka ke tanah yang kaya dan subur itu seperti yang sudah Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Di situ mereka akan mendapat segala makanan yang diperlukan dan mereka akan hidup senang. Tetapi mereka akan berpaling daripada-Ku lalu menyembah tuhan-tuhan lain. Mereka akan menolak Aku dan memungkiri perjanjian-Ku.


Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan