Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:7
8 Iomraidhean Croise  

Raja Mesir akan menjadi sangat murka, lalu berperang dengan raja Siria dan mengalahkan pasukan tenteranya yang besar itu.


Binatang-binatang yang lain, dicabut kuasanya tetapi dibenarkan hidup sehingga waktu yang ditentukan.


Sedang aku memandang, binatang keempat pula muncul. Binatang itu sangat kuat, dahsyat, dan mengerikan. Dengan gigi besinya yang besar, binatang itu meremukkan mangsanya, lalu menginjak-injaknya. Berbeza dengan binatang-binatang yang sebelumnya, binatang itu mempunyai sepuluh buah tanduk.


Tanduk itu menjadi begitu kuat sehingga dapat menyerang bala tentera syurga. Beberapa di kalangan bala tentera syurga dan bintang-bintang dijatuhkannya ke bumi, lalu dipijak-pijaknya.


Kambing jantan itu datang kepada domba jantan yang aku nampak berdiri di tepi sungai itu, lalu menyerang domba jantan itu dengan segala kekuatannya.


Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan.


Kamu akan tersandung satu sama lain walaupun tiada sesiapa yang mengejar kamu. Kamu tidak akan dapat melawan musuh.


Apabila orang Ai menoleh ke belakang, mereka nampak asap membumbung ke langit. Mereka tidak dapat melarikan diri kerana orang Israel yang telah lari ke arah tanah gersang tadi, berpatah balik pula dan menyerang mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan