Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku nampak domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada binatang sanggup menghalanginya, ataupun melarikan diri daripada kuasanya. Domba jantan itu berbuat sesuka hati dan bertambah sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Aku melihat domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada haiwan yang dapat bertahan di hadapannya dan tidak ada yang dapat melepaskan diri daripada kekuasaannya. Dia berbuat sesuka hati dan membesarkan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku nampak domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada binatang sanggup menghalanginya, ataupun melarikan diri daripada kuasanya. Domba jantan itu berbuat sesuka hati dan bertambah sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:4
18 Iomraidhean Croise  

Zedekia anak Kenaana, salah seorang nabi itu, membuat beberapa buah tanduk besi lalu berkata kepada Raja Ahab, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Dengan tanduk-tanduk besi ini engkau akan melawan orang Siria sehingga mereka kalah sama sekali.’ ”


Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah, dan tiada sesiapa dapat menyelamatkan aku daripada-Mu.


Engkaulah Rajaku dan Allahku; Engkau memberikan kemenangan kepada umat-Mu.


Dengarlah, hai kamu yang melupakan Aku, jika tidak, Aku akan membinasakan kamu; dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu.


Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.


Kamu menanduk dan menolak domba yang sakit sehingga mereka terhalau daripada kawanan domba.


Penguasa Siria akan memperlakukan mereka dengan sesuka hati tanpa tentangan. Dia akan menduduki tanah yang permai dan menguasai seluruhnya.


Raja Siria akan berbuat sesuka hati. Dengan sombong, raja akan menganggap dirinya lebih besar daripada dewa mana pun, bahkan lebih berkuasa daripada Allah Yang Maha Tinggi. Raja itu berbuat demikian sehingga tiba waktunya Allah menghukum dia. Allah akan melakukan tepat seperti rancangan-Nya.


Baginda menjadi begitu besar sehingga orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa takut dan gentar kepadanya. Baginda membunuh atau membiarkan seseorang hidup menurut kesukaannya. Baginda meninggikan atau merendahkan sesiapa saja menurut kehendaknya.


Pada malam itu juga Raja Belsyazar, raja Babilonia dibunuh.


Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”


Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.


Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.


Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan, dan tanduk lembu jantan hutan. Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu, dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu. Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa, dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan