Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di tepi sungai itu aku nampak seekor domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk yang panjang: yang satu lebih panjang dan lebih baru daripada yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Ketika aku menujukan pandang dan mengamati, tampaklah seekor domba jantan yang bertanduk dua berdiri di tepi sungai itu. Kedua-dua tanduknya panjang, tetapi yang satu lebih panjang daripada yang lain. Tanduk yang lebih panjang itu tumbuh di belakang tanduk yang pendek.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di tepi sungai itu aku nampak seekor domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk yang panjang: yang satu lebih panjang dan lebih baru daripada yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:3
25 Iomraidhean Croise  

Raja Daud nampak malaikat itu berdiri di antara langit dan bumi, sambil memegang pedang yang terhunus, sedia untuk memusnahkan Yerusalem. Maka Raja Daud dan para pemimpin, yang berpakaian kain guni sebagai tanda menyesal, sujud ke tanah.


“Demikianlah titah Raja Kores, raja Persia: TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh dunia. Dia telah memberi beta tugas untuk membina Rumah bagi-Nya di Yerusalem, di negeri Yehuda.


Mereka juga memberikan rasuah kepada para pegawai kerajaan Persia supaya menggagalkan pembinaan itu. Mereka berbuat demikian sepanjang pemerintahan Raja Kores, bahkan sampai ke masa pemerintahan Raja Darius.


Pada tahun ketiga pemerintahannya, Raja Ahasyweros mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya. Para panglima Persia dan Media, serta para gabenor dan pegawai tinggi dari wilayah-wilayah turut hadir di jamuan itu.


TUHAN berfirman, “Aku akan menggerakkan orang Madai supaya menyerang Babel. Mereka tidak mempedulikan perak, dan tidak tergoda oleh emas.


Aku mendapat penglihatan tentang kejadian yang kejam, tentang pengkhianatan dan pembinasaan. Majulah, hai tentera Elam, seranglah! Kepunglah kota-kota itu, hai tentera Madai! Allah akan mengakhiri penderitaan yang disebabkan oleh Babel.


Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku; engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku: engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula, dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”


TUHAN telah menggerakkan hati raja-raja Media kerana Dia hendak memusnahkan Babilonia. Demikianlah caranya Dia membalas dendam kerana Rumah-Nya telah dimusnahkan. TUHAN memberikan perintah, “Tajamkanlah panah! Siapkanlah perisai!


Aku menengadah lalu nampak seorang yang memakai pakaian linen dan ikat pinggang yang dibuat daripada emas tulen.


Selepas kerajaan tuanku berakhir, akan bangkit sebuah kerajaan yang tidak seagung kerajaan tuanku. Selepas itu akan muncul kerajaan ketiga, yang dilambangkan oleh gangsa, yang akan memerintah seluruh bumi.


Dia menolong dan menyelamatkan; melakukan mukjizat dan keajaiban, baik di bumi mahupun di syurga. Dia menyelamatkan Daniel daripada terkaman singa.”


Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”


Dalam penglihatan itu, tiba-tiba aku dapati diriku di wilayah Elam, di Susan, ibu kota Persia. Aku berdiri dekat Sungai Ulai.


Domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk, yang kamu nampak itu melambangkan kerajaan Media dan Persia.


Dalam penglihatan yang lain, aku nampak empat buah tanduk lembu.


Dalam penglihatan selanjutnya, aku nampak seorang lelaki yang memegang tali pengukur.


Aku memperhatikan lagi, dan kali ini aku nampak sebuah naskhah gulungan terbang di udara.


Malaikat itu muncul lagi dan berkata, “Lihatlah! Ada lagi yang datang!”


Aku memandang ke atas dan nampak dua orang wanita terbang ke arahku. Mereka mempunyai sayap yang kuat seperti sayap burung ranggung. Mereka mengambil bakul tadi lalu membawanya terbang.


Aku nampak penglihatan yang lain. Kali ini aku nampak empat buah kereta kuda keluar dari antara dua gunung gangsa.


lalu nampak umat Israel berkhemah dalam kelompok menurut suku masing-masing. Roh Allah menguasai Bileam,


Ketika Yosua berada dekat kota Yerikho, tiba-tiba dia nampak seorang lelaki dengan pedang terhunus, berdiri di hadapannya. Yosua menghampiri dia dan bertanya, “Adakah kamu ini salah seorang askar kami atau seorang musuh?”


Lalu aku nampak seekor binatang lain keluar dari dalam bumi. Binatang itu mempunyai dua tanduk seperti tanduk anak domba, dan suaranya seperti suara naga.


Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan