Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Ketika aku berfikir tentang tanduk-tanduk itu, tampaklah sebatang tanduk lain yang kecil muncul di antara semuanya itu. Lalu tiga batang tanduk yang terdahulu tercabut di hadapannya. Tampaklah pada tanduk itu ada mata seperti mata manusia dan mulut yang bercakap besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:8
15 Iomraidhean Croise  

Semua manusia saling membohongi, dan saling menipu dengan kata-kata manis.


Raja Siria akan berbuat sesuka hati. Dengan sombong, raja akan menganggap dirinya lebih besar daripada dewa mana pun, bahkan lebih berkuasa daripada Allah Yang Maha Tinggi. Raja itu berbuat demikian sehingga tiba waktunya Allah menghukum dia. Allah akan melakukan tepat seperti rancangan-Nya.


Kemudian aku hendak tahu tentang binatang yang keempat itu, yang tidak sama dengan yang lain-lain itu; binatang yang menakutkan dan meremukkan mangsanya dengan kuku gangsa dan gigi besinya, lalu menginjak-injak mangsanya.


Dia akan melawan semua yang disebut tuhan. Dia menganggap dirinya lebih berkuasa daripada semua yang disembah oleh manusia. Bahkan dia akan masuk ke Rumah Allah dan duduk di situ serta mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.


Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah.


Mereka membuat kenyataan yang sombong dan bodoh, serta menggunakan nafsu cabul untuk menjerumuskan orang yang baru sahaja terlepas daripada kalangan orang yang hidup sesat.


Semua orang itu sentiasa bersungut-sungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menuruti nafsu jahat. Mereka memuji-muji diri sendiri dan mengangkat-angkat orang lain untuk mendapat keuntungan.


Kemudian aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut. Binatang itu mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepala tertulis satu nama yang mengkufuri Allah.


Belalang-belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap untuk berperang. Pada kepala belalang ada sesuatu yang nampaknya seperti mahkota emas, dan muka belalang seperti muka manusia.


Hentikanlah cakap besarmu, jangan keluarkan cakap angkuh. Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu, Dia menghakimi segala perbuatan orang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan