Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Setelah itu, aku terus memperhatikan dan tampaklah seekor binatang lain yang rupanya seperti harimau bintang. Pada belakangnya ada empat sayap burung. Binatang itu berkepala empat dan kepadanya diberikan kekuasaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:6
10 Iomraidhean Croise  

supaya mereka tahu apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka: Ada seekor burung helang raksasa yang berbulu cantik dan bersayap lebar yang terkembang. Helang itu terbang ke Pergunungan Lebanon, lalu mematahkan pucuk sebatang pokok sedar,


Katanya lagi, “Tahukah engkau mengapa aku datang kepadamu? Aku datang untuk menyatakan kandungan Kitab Kebenaran kepada engkau. Sekarang aku mesti pulang dan melawan malaikat pelindung Persia. Selepas itu malaikat pelindung kerajaan Yunani pula akan muncul, dan tiada sesiapa akan menolong aku kecuali Mikhael, malaikat pelindung Israel.


Selepas kerajaan tuanku berakhir, akan bangkit sebuah kerajaan yang tidak seagung kerajaan tuanku. Selepas itu akan muncul kerajaan ketiga, yang dilambangkan oleh gangsa, yang akan memerintah seluruh bumi.


Yang pertama rupanya seperti singa, tetapi mempunyai sayap seperti sayap burung helang. Sedang aku memandang, sayapnya tercabut daripadanya. Binatang itu terangkat dari tanah, dan ditegakkan pada kakinya seperti manusia, dan diberikan akal manusia.


Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”


Oleh itu Aku akan menyerang kamu seperti singa. Seperti harimau bintang Aku akan menanti-nanti untuk menyerang kamu di jalan.


Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan