Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kemudian tampak pula seekor binatang lain, iaitu yang kedua. Wajahnya seperti beruang dan ia ditegakkan pada sisi badannya yang sebelah. Di dalam mulutnya, di antara gigi-giginya, ada tiga batang tulang rusuk dan kepadanya dikatakan demikian, ‘Ayuh, bangunlah dan makanlah daging banyak-banyak!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:5
14 Iomraidhean Croise  

Elisa menoleh, memandang budak-budak itu, lalu mengutuk mereka atas nama TUHAN. Selepas itu dua ekor beruang betina keluar dari hutan dan mencabik-cabikkan tubuh empat puluh dua orang daripada budak-budak itu.


Lebih baik berjumpa dengan beruang betina yang kehilangan anaknya, daripada berjumpa dengan orang bodoh yang sibuk dengan kebodohannya.


TUHAN telah menyuruh bangsa-bangsa asing datang seperti binatang buas untuk memakan umat-Nya.


Semua yang aku katakan ini benar.” Malaikat itu berkata, “Tiga orang raja lagi akan memerintah Persia, diikuti oleh raja keempat yang akan menjadi lebih kaya daripada semuanya. Pada kemuncak kekuasaan dan kekayaannya, dia akan mencabar kerajaan Yunani.


Selepas kerajaan tuanku berakhir, akan bangkit sebuah kerajaan yang tidak seagung kerajaan tuanku. Selepas itu akan muncul kerajaan ketiga, yang dilambangkan oleh gangsa, yang akan memerintah seluruh bumi.


Dibahagi bermakna kerajaan tuanku akan terbahagi dan diberikan kepada orang Media dan Persia.”


Yang pertama rupanya seperti singa, tetapi mempunyai sayap seperti sayap burung helang. Sedang aku memandang, sayapnya tercabut daripadanya. Binatang itu terangkat dari tanah, dan ditegakkan pada kakinya seperti manusia, dan diberikan akal manusia.


Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.


Aku akan menyerang kamu seperti beruang yang kehilangan anak. Aku akan menyiat-nyiat kamu. Seperti singa Aku akan menerkam kamu di situ, dan seperti binatang buas Aku akan mencabik-cabik kamu.


Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan