Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Demikianlah kata Daniel, “Tampaklah dalam penglihatanku pada malam hari keempat-empat angin dari langit menggelorakan laut yang besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:2
13 Iomraidhean Croise  

Bangsa-bangsa yang kuat menjadi riuh, dan gemuruhnya seperti gelora ombak laut yang kuat.


Aku akan menyebabkan angin dari segala arah meniupkan Elam, dan Aku akan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi pelarian dari Elam.


Laut telah meluap ke Babel dan meliputinya dengan ombak yang bergemuruh.


Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.


Pada malam itu juga Allah menjelaskan rahsia mimpi itu kepada Daniel dalam satu penglihatan. Daniel memuji Allah penguasa di syurga dengan berkata,


Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya.


Sedang aku memandang, binatang keempat pula muncul. Binatang itu sangat kuat, dahsyat, dan mengerikan. Dengan gigi besinya yang besar, binatang itu meremukkan mangsanya, lalu menginjak-injaknya. Berbeza dengan binatang-binatang yang sebelumnya, binatang itu mempunyai sepuluh buah tanduk.


Dalam penglihatan itu, tiba-tiba aku dapati diriku di wilayah Elam, di Susan, ibu kota Persia. Aku berdiri dekat Sungai Ulai.


Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan.


Dia menjawab, “Inilah empat angin yang baru datang dari hadirat Tuhan alam semesta.”


Trompet akan dibunyikan dengan kuat, dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikat-Nya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung langit.”


Malaikat itu berkata pula kepadaku, “Sungai-sungai yang engkau lihat itu, tempat pelacur itu duduk, melambangkan pelbagai negara, rakyat, bangsa, dan bahasa.


Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan