Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Sungai api mengalir, memancar dari hadapan-Nya. Beribu-ribu orang mengabdikan diri kepada-Nya dan berpuluh-puluh ribu orang siap sedia berkhidmat kepada-Nya. Bersidanglah medan pengadilan dan dibukalah kitab-kitab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:10
26 Iomraidhean Croise  

Mikha berkata lagi, “Dengarlah firman TUHAN! Hamba nampak TUHAN bersemayam di takhta-Nya di syurga, dan semua malaikat-Nya berdiri di sekeliling-Nya.


Mikha berkata lagi, “Dengarlah firman TUHAN! Hamba nampak TUHAN bersemayam di takhta-Nya di syurga, dan semua malaikat-Nya berdiri di sekeliling-Nya.


Dapatkah sesiapa menghitung malaikat yang melayani Dia? Adakah tempat yang tidak disinari cahaya-Nya?


Pujilah TUHAN, hai semua tentera syurga, hai kamu yang melakukan kehendak-Nya!


Kemudian bumi bergempa dan bergoncang; tapak gunung bergoyang dan bergegar, kerana Allah murka.


Apabila Allah kita datang, Dia tidak diam; api yang bernyala-nyala mendahului Dia, ribut yang sangat kencang mengelilingi-Nya.


Mengapakah dari puncakmu yang banyak itu, engkau memandang dengan cemburu terhadap Bukit Sion yang dipilih Allah untuk kediaman-Nya? TUHAN akan tinggal di sana selama-lamanya.


Kuasa dan kemuliaan TUHAN terlihat dari jauh. Api dan asap menunjukkan kemurkaan-Nya. Apabila Dia berfirman, firman-Nya membakar seperti api.


Sejak dahulu telah disediakan api yang besar untuk membakar raja Asyur. Tempat itu dalam dan lebar serta berisi kayu api yang bertimbun-timbun. TUHAN akan menyalakan kayu itu dengan hembusan nafas-Nya.


Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.


Lalu Dia yang hidup selama-lamanya datang dan memberikan keputusan yang memihak umat Allah Yang Maha Tinggi. Masanya telah tiba bagi umat Allah menerima kuasa untuk memerintah.


Kemudian mahkamah pengadilan syurga akan bersidang dan merampas kuasanya, serta membinasakannya sehingga musnah.


Kamu akan melarikan diri melalui lembah yang membelah bukit itu. Kamu akan lari seperti nenek moyang kamu dahulu ketika terjadi gempa bumi pada masa pemerintahan Uzia, raja Yehuda. TUHAN, Allahku akan datang bersama dengan semua malaikat-Nya.


“Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat Allah, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia.


TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala.


Jika demikian, apakah sebenarnya malaikat-malaikat itu? Mereka roh yang berbakti kepada Allah, dan yang disuruh oleh-Nya untuk menolong orang yang akan menerima penyelamatan.


Sebaliknya, kamu telah datang ke Bukit Sion dan ke kota Allah yang hidup, iaitu Yerusalem yang di syurga dengan beribu-ribu malaikatnya.


Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, “Lihatlah! Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat-Nya yang suci.


Orang yang tidak mengenal Engkau meradang, kerana telah tiba masanya Engkau meluahkan kemurkaan-Mu, dan masanya Engkau mengadili orang mati. Inilah masanya Engkau menghadiahi hamba-hamba-Mu para nabi itu, dan juga umat-Mu, semua orang yang hormat dan takut akan Engkau, baik orang besar mahupun orang biasa. Inilah masanya Engkau membinasakan mereka yang memusnahkan bumi!”


Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan