Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 6:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Terbukti betapa Daniel lebih menonjol daripada dua orang lagi penyelia itu dan juga para wakil raja, kerana padanya ada roh yang luar biasa hinggakan raja berancangan mengangkat dia untuk memerintah seluruh kerajaannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 6:3
12 Iomraidhean Croise  

Laksanakanlah perintah ini dengan segera supaya kerajaan kita tidak menanggung kerugian yang lebih besar.”


Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.


Mordekhai, orang Yahudi itu tetap memegang jawatan tertinggi di bawah Raja Ahasyweros sendiri. Mordekhai dihormati dan disukai oleh orang sebangsanya. Dia berjuang untuk kebaikan dan kesejahteraan bangsanya serta semua keturunan mereka.


Orang yang berpengetahuan tidak banyak bercakap. Orang yang berpengertian sentiasa tenang.


Orang yang cekap bekerja akan bertugas untuk raja-raja dan bukan untuk orang biasa.


Aku memang tahu, “Hikmat lebih baik daripada kebodohan, seperti cahaya lebih baik daripada kegelapan.


Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dia bijak dan pandai mentafsirkan mimpi, menjawab teka-teki, serta menyatakan rahsia. Nama orang itu Daniel, tetapi raja menamakan dia Beltsazar. Panggillah dia. Dia akan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.”


Beta mendengar bahawa kamu memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci, dan kamu berpengetahuan, pandai, serta bijak.


Raja berteriak memanggil para ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. Apabila mereka menghadap, raja bertitah kepada mereka, “Sesiapa yang dapat membaca tulisan itu serta mentafsirkannya akan diberikan pakaian diraja, iaitu jubah ungu dan kalung emas tanda kebesaran. Orang itu akan dilantik menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan ini.”


Apabila engkau mula memohon kepada Allah, Dia menjawab permohonanmu. Aku datang menyampaikan jawapan itu kerana Dia sangat mengasihi engkau. Oleh itu dengarlah baik-baik sementara aku menerangkan makna penglihatan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan