Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 5:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Sambil minum, mereka memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Mereka minum air anggur dan memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Sambil minum, mereka memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 5:4
21 Iomraidhean Croise  

Kemudian para jemputan Adonia berasa takut. Mereka berdiri dan meninggalkan tempat itu, masing-masing pergi mengikut jalannya sendiri.


Semua orang yang percaya kepada berhala, dan menganggap patung-patung sebagai dewa akan dihinakan dan dipermalukan.”


Akulah TUHAN, itulah nama-Ku. Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa, atau pujian-Ku kepada mana-mana berhala.


Daniel bertekad untuk tidak menajiskan dirinya dengan makanan dan wain yang ditetapkan oleh raja. Oleh itu dia meminta pertolongan Aspenas,


Sekarang beta, Nebukadnezar, memuji, menghormati, dan memuliakan Raja penguasa di syurga. Segala perbuatan-Nya benar dan adil. Dia sanggup merendahkan sesiapa yang berlaku sombong.”


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


Dengan serta-merta mangkuk-mangkuk itu dibawa masuk, dan mereka semua minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu.


Tiba-tiba terlihat tangan manusia, dan tangan itu mula menulis pada tembok istana, di bahagian yang paling terang kena sinar pelita. Raja Belsyazar melihat tangan yang sedang menulis itu.


Oleh itu kamulah yang akan pertama-tama dibuang negeri. Pesta dan jamuan kamu akan berakhir.


Malang menimpa kamu kerana kamu berkata kepada sepotong kayu, “Bangunlah!” atau kepada sebuah batu besar, “Bangkitlah!” Dapatkah berhala menyatakan sesuatu kepadamu? Mungkin berhala dilapisi perak dan emas, tetapi berhala itu tidak bernyawa.


Kerana kita anak Allah, kita tidak boleh menganggap Allah seperti patung yang dibuat daripada emas atau perak atau batu, yang direka bentuk menurut kemahiran manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan