Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 5:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Dengan serta-merta mangkuk-mangkuk itu dibawa masuk, dan mereka semua minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Lalu dibawalah wadah-wadah emas yang telah diangkut dari Bait Suci, yakni Rumah Allah di Yerusalem. Lalu raja, para pembesarnya, para isteri dan para gundiknya minum daripada wadah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Dengan serta-merta mangkuk-mangkuk itu dibawa masuk, dan mereka semua minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 5:3
11 Iomraidhean Croise  

Perkakas-perkakas Rumah TUHAN dan barang-barang berharga yang ada di situ, harta benda raja dan para pegawainya, dirampas oleh raja Babilonia, lalu dibawa ke Babel.


Mulut alam maut terbuka lebar-lebar untuk menelan orang bangsawan di Yerusalem bersama-sama rakyat jelata yang ramai-ramai bersuka ria.


Orang pelarian melarikan diri dari Babilonia lalu datang ke Yerusalem; mereka menceritakan bagaimana TUHAN, Allah kita membalas perbuatan orang Babilonia terhadap Rumah TUHAN.)


Dalam keadaan mabuk, Raja Belsyazar memberikan perintah untuk mengambil mangkuk-mangkuk yang dibuat daripada emas dan perak yang dirampas ayahandanya, Raja Nebukadnezar dari Rumah TUHAN di Yerusalem. Raja Belsyazar meminta mangkuk-mangkuk itu agar baginda, para pembesarnya, serta semua isteri dan gundik raja dapat minum dari mangkuk-mangkuk itu.


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


Sambil minum, mereka memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.


Oleh itu, pada musim menuai Aku akan menarik balik pemberian-Ku kepadanya, iaitu gandum dan wain. Aku akan mengambil balik bulu domba dan linen yang Aku berikan kepadanya untuk dijadikan pakaian.


Kemudian mereka bergegas pergi seperti tiupan angin. Mereka bersalah kerana mendewakan kekuatan sendiri.”


Tetapi kamu menghina Aku kerana berkata bahawa mazbah-Ku tidak berguna, dan kamu mempersembahkan makanan yang tidak kamu sukai di atas mazbah itu.


Apabila orang berkata, “Semuanya aman dan tenteram,” pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak.


Pada masa Israel belum mempunyai raja, ada seorang Lewi yang tinggal di pedalaman kawasan perbukitan Efraim. Dia mempunyai seorang gundik yang berasal dari Betlehem di Yehuda.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan