Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Hai Beltsazar, ketua orang berilmu, beta tahu bahawa roh dewa-dewa yang suci ada padamu, dan kamu faham segala rahsia yang dalam. Inilah mimpi beta. Berikanlah tafsirannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 ‘Hai Beltsazar, ketua para ahli ilmu ghaib! Aku tahu bahawa roh tuhan yang suci ada padamu, dan tidak ada rahsia apa-apa pun yang sukar bagimu. Ceritakanlah kepadaku penglihatan yang kudapat dalam mimpiku dengan tafsirannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Hai Beltsazar, ketua orang berilmu, beta tahu bahawa roh dewa-dewa yang suci ada padamu, dan kamu faham segala rahsia yang dalam. Inilah mimpi beta. Berikanlah tafsirannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:9
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja bertitah kepada mereka, “Tidak mungkin kita mendapatkan orang lain yang lebih sesuai daripada Yusuf, kerana dia dipimpin oleh Roh Allah.”


Dahulu kamu takut terhadap pemungut cukai bangsa asing dan pengintip; sekarang semuanya kenangan belaka.


Keadilan akan menguatkan kamu. Kamu akan terhindar daripada penindasan dan kengerian.


gunung yang tertinggi di Israel. Pucuk itu akan bercabang dan berbuah, lalu menjadi pokok sedar yang megah. Berjenis-jenis burung akan bersarang di sana, dan berlindung di bawah teduhnya.


Engkau sangka engkau lebih bijak daripada Danel, sehingga engkau mengetahui segala rahsia.


Setiap kali raja mengemukakan persoalan yang memerlukan penerangan dan pertimbangan, raja mendapati jawapan dan tanggapan keempat-empat orang pemuda itu sepuluh kali lebih baik daripada jawapan dan tanggapan semua penilik dan ahli sihir di seluruh kerajaan baginda.


Raja bertitah, “Sesungguhnya Allahmu agung antara semua dewa; Dialah Tuhan semua raja, dan Dia menyatakan segala rahsia. Beta tahu akan hal itu kerana kamu dapat menjelaskan rahsia itu.”


Selepas itu raja menganugerahi Daniel kedudukan yang tinggi, memberinya hadiah-hadiah yang istimewa, melantik dia menjadi penguasa wilayah Babel dan ketua penasihat raja.


Itulah mimpi beta. Hai Beltsazar, berikanlah tafsirannya sekarang. Tiada seorang penasihat beta pun dapat mentafsirkannya, tetapi kamu dapat kerana kamu memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci.”


Tetapi pada suatu hari ketika beta beradu, beta bermimpi dan mendapat penglihatan yang mengerikan.


Kemudian Daniel datang menghadap beta. Dia juga dinamakan Beltsazar, menurut nama dewa beta. Daniel memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci, maka beta menceritakan mimpi beta kepadanya. Beta bertitah:


Ada seorang dalam kerajaan tuanku yang memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci. Pada masa pemerintahan ayahanda tuanku, orang itu telah membuktikan kecerdasan, pengetahuan, dan kebijaksanaan yang seperti kebijaksanaan para dewa. Ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar, melantik dia menjadi ketua semua penilik, ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum.


Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada dewa-dewa yang kuat itu? Dewa-dewa itulah yang telah membinasakan orang Mesir di padang gurun dahulu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan