Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Beta hidup selesa di istana beta, dan menikmati kemewahan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Aku, Nebukadnezar, hidup tenang dalam rumahku dan makmur dalam istanaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Beta hidup selesa di istana beta, dan menikmati kemewahan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:4
13 Iomraidhean Croise  

Pemabuk-pemabuk itu berkata, ‘Marilah kita minum wain dengan sepuas-puasnya. Esok lebih baik daripada hari ini.’ ”


TUHAN berfirman, “Selama ini Moab sentiasa hidup dengan aman, dan tidak pernah dibuang ke negeri lain. Moab seperti wain yang dibiarkan mengendap, tanpa diganggu atau dituang dari tempayan ke tempayan. Rasanya masih enak dan baunya masih harum.


Engkau sombong kerana rupamu yang kacak, dan engkau bertindak bodoh kerana engkau terkenal. Itulah sebabnya Aku membanting engkau ke tanah, dan menjadikan engkau sebagai amaran untuk raja-raja lain.


Beritahulah dia bahawa inilah firman TUHAN Raja kepada raja Mesir, ‘Aku musuhmu, hai buaya raksasa yang berbaring di sungai! Engkau berkata bahawa Sungai Nil itu milikmu, dan engkau yang menciptanya.


Permintaan tuanku amat susah sehingga tiada sesiapa dapat mengabulkannya, kecuali para dewa; dan para dewa pula tidak tinggal di kalangan manusia.”


Daniel, yang juga dinamakan Beltsazar, begitu terkejut untuk seketika sehingga tidak dapat berkata-kata. Tetapi raja bertitah, “Hai Beltsazar, janganlah berasa cemas kerana mimpi itu dan tafsirannya.” Beltsazar menjawab, “Tuanku, sesungguhnya hamba berharap mimpi itu serta tafsirannya tentang musuh tuanku, dan bukan tentang tuanku.


Para penasihat raja melangkah ke depan, tetapi tidak seorang pun dapat membaca tulisan itu ataupun menjelaskan maknanya.


Pada masa itu Aku akan mengambil pelita dan menggeledah kota Yerusalem. Aku akan menghukum penduduknya yang puas dan yakin dengan diri sendiri, dan yang berkata, ‘TUHAN tidak pernah bertindak begini atau begitu.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan