Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Alangkah besarnya keajaiban yang dinyatakan Allah! Alangkah hebatnya mukjizat yang dilakukan-Nya! Allah adalah raja selama-lamanya; Dia memerintah sepanjang masa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Betapa besarnya tanda-tanda-Nya, betapa hebatnya segala keajaiban-Nya! Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal, kekuasaan-Nya tetap turun-temurun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Alangkah besarnya keajaiban yang dinyatakan Allah! Alangkah hebatnya mukjizat yang dilakukan-Nya! Allah adalah raja selama-lamanya; Dia memerintah sepanjang masa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:3
29 Iomraidhean Croise  

“Allah sangat berkuasa; semua orang mesti takut akan Dia; Dia memelihara kedamaian dalam kerajaan-Nya di syurga.


Ya TUHAN, sungguh banyak ciptaan-Mu! Sungguh bijak Engkau mencipta semuanya! Bumi penuh dengan makhluk ciptaan-Mu.


Mereka melakukan keajaiban daripada Allah, dan melakukan mukjizat di Mesir.


Pemerintahan-Mu tetap sepanjang masa, dan Engkaulah raja selama-lamanya. TUHAN setia kepada umat-Nya dan menepati janji-Nya; Dia berbelas kasihan dalam segala perbuatan-Nya.


Dia memerintah dengan perkasa selama-lamanya, dan Dia mengawasi bangsa-bangsa. Janganlah sesiapa memberontak terhadap Dia!


Pujilah TUHAN, Allah umat Israel, hanya Dia yang melakukan hal-hal yang mengagumkan.


Guruh menggelegar, kilat memancar, bumi bergoncang dan gementar.


Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib; hanya Engkaulah Allah.


Perbuatan-Mu, ya TUHAN, menggembirakan aku; aku menyanyi dan bergirang kerana karya-Mu.


TUHAN, Engkaulah Allahku; aku akan menyanjung Engkau dan memuji nama-Mu. Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan; Engkau telah merancangkannya sejak dahulu, dan melaksanakannya dengan setia.


Semua kebijaksanaan itu datangnya daripada TUHAN Yang Maha Kuasa. Rancangan-rancangan Allah bijak dan sentiasa berjaya.


Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepada kerajaan Israel, iaitu keturunan Yakub.


Tetapi Engkau, TUHAN, Allah yang benar, Engkau Allah yang hidup, raja yang kekal. Apabila Engkau murka, dunia gementar, bangsa-bangsa tidak tahan menghadapi kemurkaan-Mu. (


Oleh itu raja memanggil semua penilik, ahli sihir, bomoh, dan orang berilmu untuk mentafsirkan mimpinya itu. Ketika semua orang itu menghadap,


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Itulah keputusan malaikat-malaikat yang bijak dan berwaspada. Oleh itu, hendaklah orang di mana-mana mengetahui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, malah kepada orang yang tidak penting sekalipun.’


Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.


Kuasa serta kebesaran segala kerajaan di bumi akan diberikan kepada umat Allah Yang Maha Tinggi. Kuasa mereka untuk memerintah tidak akan berakhir, dan semua penguasa di bumi akan mengabdi kepada mereka serta mentaati mereka.”


Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?


Pernahkah ada suatu tuhan yang berani mengambil suatu umat daripada bangsa lain lalu menjadikan umat itu umatnya sendiri, seperti yang dilakukan oleh TUHAN, Allah kamu bagi kamu di Mesir? Di depan mata kamu sendiri Dia telah menggunakan kuasa dan kekuatan-Nya yang besar; Dia mendatangkan wabak dan peperangan, melakukan mukjizat dan keajaiban, serta menyebabkan perkara-perkara dahsyat berlaku.


Hendaklah Allah, Raja yang kekal, yang hidup selama-lamanya, yang tidak kelihatan, dan yang esa, dihormati serta dimuliakan selama-lamanya! Amin.


Tetapi tentang Anak itu, Allah berfirman, “Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan.


Di samping itu, Allah juga menguatkan kesaksian mereka dengan melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban. Dia juga membahagi-bahagikan pemberian Roh Allah menurut kehendak-Nya sendiri.


Sesiapa yang menyampaikan perkhabaran, harus menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang lain, harus melakukannya dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, supaya dalam segala hal Allah dimuliakan melalui Yesus Kristus. Kristuslah yang memiliki kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.


Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan