Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dengarlah cerita beta tentang keajaiban dan mukjizat yang telah dinyatakan kepada beta oleh Allah Yang Maha Tinggi!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Aku berkenan menceritakan tanda-tanda dan pelbagai keajaiban yang telah dilakukan Allah Yang Maha Tinggi bagiku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dengarlah cerita beta tentang keajaiban dan mukjizat yang telah dinyatakan kepada beta oleh Allah Yang Maha Tinggi!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:2
19 Iomraidhean Croise  

Tetapi Engkau menakutkan aku dengan mimpi, dan mengerikan aku dengan penglihatan,


Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.


Semua penduduk bumi takut dan hormat, ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat. Tindakan-Mu membawa sorakan riang di seluruh bumi dari hujung ke hujung.


Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah, aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.


Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban, jangan tinggalkan aku, ya Allah. Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.


Pada tahun kedua pemerintahannya, Raja Nebukadnezar bermimpi. Raja sangat khuatir tentang mimpinya itu sehingga tidak dapat beradu.


Lalu Raja Nebukadnezar menghampiri pintu relau itu dan bertitah, “Sadrakh! Mesakh! Abednego! Hamba-hamba Allah Yang Maha Tinggi, keluarlah!” Mereka pun keluar dengan segera.


Itulah keputusan malaikat-malaikat yang bijak dan berwaspada. Oleh itu, hendaklah orang di mana-mana mengetahui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, malah kepada orang yang tidak penting sekalipun.’


Inilah tafsirannya, hai tuanku, dan inilah yang dinyatakan Allah Yang Maha Tinggi tentang hal yang akan berlaku kepada tuanku.


Tuanku akan diusir daripada masyarakat, dan akan tinggal bersama-sama binatang buas. Selama tujuh tahun tuanku akan makan rumput seperti lembu, beradu di lapangan terbuka sehingga dibasahi embun. Barulah tuanku tahu bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas segala kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.


Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa.


Allah Yang Maha Tinggi telah melantik ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar menjadi raja yang besar, serta memberi baginda kehormatan dan keagungan.


Dengan ini beta memberikan perintah agar semua orang di seluruh kerajaan beta menghormati serta takut kepada Allah yang disembah Daniel. Dialah Allah yang hidup, Dia memerintah selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak sekali-kali akan binasa, dan kuasa-Nya tidak akan ada akhirnya.


Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.


Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu semua tidak melihat mukjizat dan perkara yang luar biasa, kamu tidak percaya.”


Yosua berkata kepadanya, “Hai anakku, katakanlah yang benar di hadapan TUHAN, Allah Israel dan mengakulah. Sekarang, beritahulah aku apa yang telah engkau lakukan. Jangan sembunyikan perkara itu daripadaku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan