Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Selama tujuh tahun akal manusianya akan berubah menjadi seperti akal binatang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

16 Biarlah akal manusianya diubah dan akal binatang diberikan kepadanya, sampai tujuh tempoh masa berlalu baginya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Selama tujuh tahun akal manusianya akan berubah menjadi seperti akal binatang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:16
13 Iomraidhean Croise  

Raja bertanya kepadanya, “Adakah Absalom, anak muda itu selamat?” Kemudian hamba itu menjawab, “Biarlah semua musuh tuanku, semua orang yang memberontak terhadap tuanku mengalami nasib yang sama seperti anak muda itu.”


Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Tumpulkanlah fikiran umat ini, tulikanlah telinga mereka dan butakanlah mata mereka supaya mereka tidak dapat melihat, atau mendengar, ataupun mengerti. Jika mereka tidak demikian, mungkin mereka kembali kepada-Ku lalu disembuhkan.”


Raja Siria akan pulang dan membentuk pasukan tentera yang lebih besar daripada yang pertama. Apabila masanya tiba, dia akan kembali dengan pasukan yang besar dan yang bersenjata lengkap.


Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”


Ketika tuanku sedang memandang, satu malaikat turun dari syurga dan berkata, ‘Tebanglah pokok itu dan musnahkannya, tetapi biarkan tunggulnya di tanah. Ikatlah tunggul itu dengan rantai besi dan gangsa, lalu tinggalkan tunggul itu bersama-sama rumput di padang. Biarlah orang itu kena embun, dan biarlah dia tinggal di situ bersama-sama binatang selama tujuh tahun.’


Tuanku akan diusir daripada masyarakat, dan akan tinggal bersama-sama binatang buas. Selama tujuh tahun tuanku akan makan rumput seperti lembu, beradu di lapangan terbuka sehingga dibasahi embun. Barulah tuanku tahu bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas segala kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.


Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.


Demikianlah kisah mimpi itu. Aku begitu takut sehingga mukaku pucat dan aku menyimpan segala perkara itu dalam hatiku.


Semua itu akan lenyap, dan menjadi usang seperti pakaian; tetapi Engkau tidak akan berubah.


Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan