Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja Nebukadnezar mengirim pengumuman berikut kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di seluruh dunia: “Salam!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Daripada Raja Nebukadnezar kepada orang daripada semua suku, bangsa, dan bahasa yang berada di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja Nebukadnezar mengirim pengumuman berikut kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di seluruh dunia: “Salam!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:1
16 Iomraidhean Croise  

Salah seorang daripada mereka, iaitu Amasai, yang kemudian menjadi pemimpin pasukan yang disebut “Kumpulan Tiga Puluh”, dikuasai oleh Roh Allah. Lalu Amasai berkata, “Daud anak Isai, kami pengikut tuan! Semoga tuan dan mereka yang menolong tuan berjaya! Allah memihak tuan!” Daud menyambut mereka dan melantik mereka menjadi pegawai tenteranya.


Raja membalas surat itu demikian, “Kepada Gabenor Rehum, Setiausaha Simsai, serta rakan-rakan mereka yang tinggal di Samaria dan di tempat lain di Efrat Barat. Salam.


“Kepada Raja Darius. Semoga tuanku memerintah dengan aman damai.


Oleh itu pada hari ketiga belas bulan satu, Haman memanggil para setiausaha raja. Haman menyuruh mereka menulis surat menurut segala yang diperintahkannya. Kemudian surat itu diterjemahkan ke dalam semua bahasa, dan disalinkan dalam semua tulisan yang digunakan di dalam kerajaan. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimeteraikan dengan meterainya. Kemudian surat itu dikirim kepada semua penguasa, gabenor, dan pegawai.


Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.


Sekarang dengarlah titah beta: Sesiapa daripada bangsa, kaum, atau bahasa apa pun yang menghina Allah Sadrakh, Mesakh, serta Abednego, akan dipotong-potong, dan rumahnya akan dirobohkan dan dijadikan timbunan puing. Tiada dewa yang dapat melakukan hal yang telah dilakukan Allah mereka.”


terdengarlah seorang bentara mengumumkan dengan suara yang lantang, “Hai orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa, dengarlah titah raja ini:


Selepas itu raja memberikan perintah agar semua orang yang telah menuduh Daniel, dibuang ke dalam gua singa itu berserta anak isteri mereka. Sebelum mereka jatuh ke dasar gua itu, singa-singa itu sudah pun menerkam mereka dan mematah-matahkan tulang mereka.


Dengan ini beta memberikan perintah agar semua orang di seluruh kerajaan beta menghormati serta takut kepada Allah yang disembah Daniel. Dialah Allah yang hidup, Dia memerintah selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak sekali-kali akan binasa, dan kuasa-Nya tidak akan ada akhirnya.


Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.


Pada masa itu, sepuluh orang asing akan datang kepada satu orang Yahudi dan berkata, ‘Kami juga mahu diberkati seperti kamu kerana kami mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”


Apabila mendengar suara itu, banyak orang datang berkumpul di situ. Mereka terkejut mendengar pengikut-pengikut Kristus itu berkata-kata dalam bahasa yang digunakan oleh mereka masing-masing.


Oleh itu aku menulis surat ini kepada kamu semua di Roma yang dikasihi oleh Allah, dan yang sudah dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.


Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.


Aku menulis surat ini kepada Timotius, yang dalam iman kita kepada Kristus, bagaikan anakku sendiri. Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Tuhan kita mengurniai engkau berkat, rahmat dan kesejahteraan.


Kamu dipilih sesuai dengan rancangan Allah Bapa, dan dijadikan umat-Nya yang suci oleh Roh Allah, supaya kamu taat kepada Yesus Kristus dan disucikan oleh darah-Nya. Semoga Allah mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan dengan berlimpah-limpah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan