Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 3:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 terdengarlah seorang bentara mengumumkan dengan suara yang lantang, “Hai orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa, dengarlah titah raja ini:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Lalu seorang bentara berseru dengan suara nyaring, “Kepadamu diperintahkan demikian, wahai orang daripada berbagai-bagai suku, bangsa, dan bahasa:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 terdengarlah seorang bentara mengumumkan dengan suara yang lantang, “Hai orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa, dengarlah titah raja ini:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 3:4
13 Iomraidhean Croise  

Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.


Hai Yerusalem, naiklah ke atas gunung yang tinggi dan isytiharkanlah berita baik! Hai Sion, berserulah dengan suara yang lantang dan umumkanlah berita baik! Berserulah dan jangan takut. Beritahulah kota-kota di Yehuda bahawa Allah mereka akan datang!


TUHAN berfirman, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Beritahulah umat-Ku, orang Israel tentang dosa mereka!


Tuanku telah bertitah bahawa sebaik sahaja muzik bermula, setiap orang harus sujud dan menyembah patung emas itu.


Ketika mereka semua berkumpul untuk upacara perasmian dan berdiri di hadapan patung itu,


Oleh itu, sebaik sahaja mereka mendengar bunyi alat-alat muzik itu, orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa sujud serta menyembah patung emas yang didirikan oleh Raja Nebukadnezar.


Raja Nebukadnezar mengirim pengumuman berikut kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di seluruh dunia: “Salam!


Dia berkata dengan suara yang lantang, ‘Tebanglah pokok itu, dan potonglah dahan-dahannya. Gugurkanlah daunnya dan taburkanlah buah-buahnya. Usirlah binatang di bawahnya dan burung yang bersarang di dahannya.


Selepas itu raja memberikan perintah agar semua orang yang telah menuduh Daniel, dibuang ke dalam gua singa itu berserta anak isteri mereka. Sebelum mereka jatuh ke dasar gua itu, singa-singa itu sudah pun menerkam mereka dan mematah-matahkan tulang mereka.


Sekarang Israel ditindas. Dia kehilangan tanah miliknya kerana dia degil dan minta tolong daripada orang yang tidak dapat menolongnya.


Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”


Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan