Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 3:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Beberapa orang Yahudi yang tuanku lantik menjadi pentadbir wilayah Babel tidak patuh akan perintah tuanku. Mereka ialah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka tidak sujud dan menyembah dewa tuanku, mahupun patung yang tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Ada beberapa orang Yahudi yang telah tuanku lantik untuk mengurus hal ehwal Wilayah Babel, iaitu Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka itu tidak mengendahkan Tuanku Raja. Mereka tidak mahu menyembah para tuhan tuanku dan tidak mahu menyembah patung emas yang telah tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Beberapa orang Yahudi yang tuanku lantik menjadi pentadbir wilayah Babel tidak patuh akan perintah tuanku. Mereka ialah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka tidak sujud dan menyembah dewa tuanku, mahupun patung yang tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 3:12
15 Iomraidhean Croise  

Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.


Kemarahan itu kejam serta menghancurkan, tetapi tiada sesiapa dapat menghadapi kecemburuan.


Aku faham juga mengapa orang bekerja keras supaya berjaya; mereka iri hati terhadap jiran mereka. Tetapi itu sia-sia sahaja. Keadaan mereka seperti orang yang mengejar angin.


Ketua pegawai istana itu memberi mereka nama-nama baru, iaitu Beltsazar, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.


Selepas itu raja menganugerahi Daniel kedudukan yang tinggi, memberinya hadiah-hadiah yang istimewa, melantik dia menjadi penguasa wilayah Babel dan ketua penasihat raja.


Atas permintaan Daniel, raja menyerahkan pentadbiran wilayah Babel kepada Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Tetapi Daniel tinggal di istana raja dan berkhidmat di situ.


Sesiapa yang tidak sujud untuk menyembahnya akan dibuang ke dalam relau yang bernyala-nyala.


Sadrakh, Mesakh, dan Abednego menjawab, “Tuanku, kami tidak akan cuba membela diri.


Sekarang dengarlah titah beta: Sesiapa daripada bangsa, kaum, atau bahasa apa pun yang menghina Allah Sadrakh, Mesakh, serta Abednego, akan dipotong-potong, dan rumahnya akan dirobohkan dan dijadikan timbunan puing. Tiada dewa yang dapat melakukan hal yang telah dilakukan Allah mereka.”


Selepas itu raja menaikkan pangkat Sadrakh, Mesakh, dan Abednego di wilayah Babel.


mereka semua menghadap raja untuk mengadu tentang Daniel. Mereka berkata, “Tuanku telah menandatangani satu perintah yang melarang sesiapa pun selama tiga puluh hari ini untuk meminta apa-apa daripada dewa atau manusia, kecuali daripada tuanku sendiri. Sesiapa yang melanggar perintah itu akan dibuang ke dalam gua singa.” Raja bertitah, “Memang benar. Perintah itu menjadi undang-undang Media dan Persia yang tidak boleh diubah.”


Lalu mereka berkata kepada raja, “Daniel, salah satu orang buangan dari Yehuda, tidak menghormati tuanku dan tidak mematuhi perintah tuanku. Dia tetap berdoa tiga kali sehari.”


dan Yason menyambut mereka di rumahnya. Mereka semua melanggar hukum Kaisar Roma, kerana mereka berkata bahawa ada raja lain yang bernama Yesus.”


“Dengan tegas kami melarang kamu mengajar berdasarkan ajaran orang itu. Tetapi sekarang lihatlah apa yang sudah kamu lakukan! Kamu menyebarkan ajaran kamu ke seluruh Yerusalem, dan kamu mahu mendakwa kami bertanggungjawab atas kematiannya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan