Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu masa Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung daripada emas: tingginya 27 meter dan lebarnya hampir 3 meter. Baginda mendirikan patung itu di dataran Dura di wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Raja Nebukadnezar membuat sebuah patung emas setinggi enam puluh hasta dan selebar enam hasta. Dia mendirikannya di Dataran Dura di Wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu masa Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung daripada emas: tingginya 27 meter dan lebarnya hampir 3 meter. Baginda mendirikan patung itu di dataran Dura di wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 3:1
29 Iomraidhean Croise  

Setelah lama berfikir, Raja Yerobeam membuat dua patung lembu jantan daripada emas lalu bertitah kepada rakyatnya, “Telah cukup lama kamu beribadat di Yerusalem. Sekarang, hai Israel, inilah tuhan-tuhan kamu yang telah membawa kamu keluar dari Mesir!”


Di Susan, ibu kota Persia, Raja Ahasyweros memerintah 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.


Patung berhala bangsa-bangsa dibuat daripada perak dan emas, dan dibentuk oleh tangan manusia.


Jangan buat berhala bagi diri kamu – berhala daripada perak ataupun emas untuk disembah di samping Aku.


Musa kembali menghadap TUHAN dan berkata, “Umat itu telah melakukan dosa besar. Mereka telah membuat tuhan daripada emas dan menyembahnya.


Pada hari itu kelak, orang akan membuang berhala yang dibuat daripada perak dan emas, serta meninggalkan semuanya untuk tikus dan kelawar.


Kamu akan mengambil patung-patung berhala kamu yang disadur dengan perak dan emas, lalu membuangnya seperti kotoran. Kamu akan berkata kepadanya, “Pergilah daripadaku!”


Orang mengeluarkan emas dari kantung; mereka menimbang perak dengan dacing. Mereka mengupah tukang emas untuk membuat berhala; lalu mereka sujud menyembah berhala itu!


Berhala mereka disaluti perak dari Sepanyol, dan disaluti emas dari Ufas; semuanya karya para tukang. Pakaian berhala daripada kain ungu tua dan ungu muda, ditenun oleh para penenun yang mahir.


Dapatkah manusia membuat tuhannya sendiri? Tentu sekali tidak! Apa yang dibuatnya itu pasti bukan Allah yang sebenarnya.”


Selepas itu raja menganugerahi Daniel kedudukan yang tinggi, memberinya hadiah-hadiah yang istimewa, melantik dia menjadi penguasa wilayah Babel dan ketua penasihat raja.


Atas permintaan Daniel, raja menyerahkan pentadbiran wilayah Babel kepada Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Tetapi Daniel tinggal di istana raja dan berkhidmat di situ.


Raja bertitah kepada mereka, “Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, betulkah kamu tidak mahu menyembah dewa beta dan tidak mahu sujud di hadapan patung emas yang telah beta dirikan itu?


Selepas itu raja menaikkan pangkat Sadrakh, Mesakh, dan Abednego di wilayah Babel.


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


Sambil minum, mereka memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.


Oleh itu, pada musim menuai Aku akan menarik balik pemberian-Ku kepadanya, iaitu gandum dan wain. Aku akan mengambil balik bulu domba dan linen yang Aku berikan kepadanya untuk dijadikan pakaian.


Umat-Ku memilih raja-raja tanpa meminta pendapat-Ku. Mereka melantik pemimpin-pemimpin tanpa mendapat persetujuan-Ku. Mereka mengambil emas dan perak dan membuat patung-patung berhala yang mengakibatkan kebinasaan mereka.


Malang menimpa kamu kerana kamu berkata kepada sepotong kayu, “Bangunlah!” atau kepada sebuah batu besar, “Bangkitlah!” Dapatkah berhala menyatakan sesuatu kepadamu? Mungkin berhala dilapisi perak dan emas, tetapi berhala itu tidak bernyawa.


Kerana kita anak Allah, kita tidak boleh menganggap Allah seperti patung yang dibuat daripada emas atau perak atau batu, yang direka bentuk menurut kemahiran manusia.


Sekarang saudara sekalian sudah melihat dan mendengar apa yang dilakukan oleh Si Paulus itu. Dia berkata bahawa berhala yang dibuat oleh manusia sama sekali bukan dewa. Dia berjaya meyakinkan banyak orang, bukan sahaja di Efesus, bahkan hampir di seluruh wilayah Asia.


Bakarlah berhala-berhala mereka. Jangan ingini emas atau perak yang ada pada berhala mereka, dan jangan ambil benda-benda itu untuk diri kamu sendiri. Jika kamu mengambilnya, kamu akan ditimpa bencana, kerana TUHAN membenci penyembahan berhala.


Umat manusia yang selebihnya, yang tidak terbunuh oleh malapetaka itu, tidak meninggalkan berhala yang dibuat oleh mereka. Mereka tidak berhenti menyembah roh jahat dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu, dan kayu. Berhala-berhala itu tidak dapat melihat, mendengar, ataupun berjalan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan