Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 hendak menjatuhkan hukuman yang sama kepada kamu semua jika kamu tidak dapat menceritakan mimpi itu kepada beta. Kamu berpakat untuk berdusta kerana kamu berharap bahawa beta akan mengubah keputusan beta. Ceritakanlah dahulu mimpi beta itu, barulah beta yakin bahawa kamu juga dapat mentafsirkannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 yakni jika kamu tidak memberitahukan kepadaku mimpi itu, maka kamu akan dijatuhi satu hukuman yang sama. Kamu telah bersepakat untuk menyampaikan kata-kata dusta dan busuk supaya keadaan akan berubah. Oleh sebab itu ceritakanlah kepadaku mimpi itu, maka aku akan tahu bahawa kamu dapat pula memberitahukan tafsirannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 hendak menjatuhkan hukuman yang sama kepada kamu semua jika kamu tidak dapat menceritakan mimpi itu kepada beta. Kamu berpakat untuk berdusta kerana kamu berharap bahawa beta akan mengubah keputusan beta. Ceritakanlah dahulu mimpi beta itu, barulah beta yakin bahawa kamu juga dapat mentafsirkannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:9
17 Iomraidhean Croise  

‘Bagaimana?’ Roh itu menjawab, ‘Aku akan menyebabkan semua nabi Ahab berdusta.’ TUHAN berfirman, ‘Pergilah perdayakan dia. Engkau akan berjaya.’ ”


Oleh itu Raja Ahab memanggil nabi-nabi yang berjumlah kira-kira empat ratus orang. Raja Ahab bertanya kepada mereka, “Bolehkah beta menyerang Ramot atau tidak?” “Seranglah,” jawab mereka. “TUHAN akan memberikan kemenangan kepada tuanku.”


“Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, akan dihukum mati, jika dia masuk menghadap raja di istana, di halaman bahagian dalam, tanpa dipanggil oleh raja sendiri. Itulah undang-undang, dan semua orang, baik penasihat raja mahupun rakyat jelata, mengetahui hal itu. Ada satu jalan saja untuk lepas daripada undang-undang itu, iaitu apabila raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang yang datang menghadap. Tetapi sudah satu bulan raja tidak memanggil saya.”


Dusta tidak tahan lama, tetapi kebenaran kekal selama-lamanya.


Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku, supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi! Lakukanlah sesuatu yang baik, atau sesuatu yang jahat; supaya kami tercengang ketakutan!


Aku mempermainkan tukang tilik, Aku menggagalkan ramalan ahli nujum. Aku membantah pendapat orang bijak, dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.


TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, lihatlah wanita-wanita yang berlagak sebagai nabi di kalangan bangsamu. Kecamlah mereka,


Kamu menghina Aku di hadapan umat-Ku untuk mendapat hanya beberapa genggam barli dan beberapa ketul roti. Orang yang tidak patut mati, kamu bunuh sedangkan orang yang tidak patut hidup, kamu biarkan hidup. Lalu kamu berdusta kepada umat-Ku dan mereka percaya kepada kamu.’ ”


Penglihatan mereka itu palsu dan ramalan mereka pun dusta belaka. Mereka mengaku menyampaikan firman-Ku, padahal Aku tidak mengutus mereka. Namun mereka berharap supaya ramalan mereka akan berlaku.


Daniel segera memohon lebih masa daripada raja agar dia dapat mentafsirkan mimpi itu bagi raja.


Dialah yang menguasai musim dan masa; Dia melantik dan memecat raja; Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.


Raja bertitah, “Tepat sekali sangkaan beta! Kamu hanya mahu melengah-lengahkan masa, kerana kamu tahu bahawa beta telah bertekad


Sekarang apabila kamu mendengar bunyi trompet, seruling, rebab, gambus, kecapi, dan alat-alat muzik yang lain, sujudlah serta sembahlah patung itu. Jika tidak, kamu akan segera dilemparkan ke dalam relau yang bernyala-nyala. Dewa manakah yang dapat menyelamatkan kamu?”


Dibahagi bermakna kerajaan tuanku akan terbahagi dan diberikan kepada orang Media dan Persia.”


Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.


Kami bukan seperti kebanyakan orang lain yang memperlakukan Berita Baik daripada Allah, seperti barang niaga yang murah. Tetapi kerana Allah sudah mengutus kami, kami melakukan tugas itu dengan ketulusan di sisi-Nya, sebagai hamba Kristus.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan