Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:7
30 Iomraidhean Croise  

“Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup, yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,


Kamu akan disebut “Umat Yang Suci”, “Umat Yang Telah Diselamatkan TUHAN”. Yerusalem akan disebut “Kota Yang Dikasihi Allah”, “Kota Yang Tidak Ditinggalkan Allah”.


kamu boleh bersumpah demi nama-Ku. Kemudian semua bangsa akan meminta Aku memberkati mereka, dan mereka akan memuji Aku.”


Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. Ketika Aku memilih Israel, Aku membuat perjanjian dengan mereka. Aku menyatakan diri-Ku kepada mereka di Mesir dan memberitahu mereka, ‘Akulah TUHAN, Allah kamu.’


Aku menengadah lalu nampak seorang yang memakai pakaian linen dan ikat pinggang yang dibuat daripada emas tulen.


Raja Siria akan pulang dan membentuk pasukan tentera yang lebih besar daripada yang pertama. Apabila masanya tiba, dia akan kembali dengan pasukan yang besar dan yang bersenjata lengkap.


Orang yang satu bertanya kepada malaikat yang berdiri di hulu sungai, “Berapa lamakah kejadian-kejadian yang ajaib itu berlangsung sebelum semuanya berakhir?”


Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”


Tetapi sebelum raja habis bertitah, terdengar suara berucap dari langit, “Raja Nebukadnezar, dengarlah kata-kata ini! Sekarang kekuasaanmu sebagai raja diambil daripadamu.


Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa.


Semasa aku memandang, tanduk kecil itu berperang dengan umat Allah dan menaklukkan mereka.


Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.


Aku mendengar malaikat yang lain menjawab, “Hal itu akan berlaku selama 1,150 hari, dan selama itu korban pagi dan korban petang tidak akan dipersembahkan. Selepas itu Rumah TUHAN akan dipulihkan.”


Dia akan menjadi kuat, tetapi bukan dengan kuasanya sendiri. Dia akan menyebabkan kebinasaan yang mengerikan, dan akan berjaya dalam segala usahanya. Dia akan membinasakan orang yang gagah perkasa, dan umat Allah juga.


Bertekadlah bahawa kamu tidak akan khuatir tentang bagaimana kamu harus membela diri.


Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.”


Dia akan menjadikan kamu lebih termasyhur daripada semua bangsa lain yang sudah dijadikan-Nya, dan kamu akan dipuji dan dihormati. Kamu akan menjadi umat-Nya, seperti yang dijanjikan-Nya.”


TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya apabila Dia melihat mereka kehabisan tenaga. Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya, apabila Dia melihat mereka tidak berdaya.


Demi Aku sendiri, Allah yang hidup, Aku mengangkat tangan dan bersumpah


Lakukanlah hal itu, kerana kamu milik TUHAN, Allah kamu. Dari antara semua bangsa di bumi, Dia memilih kamu untuk menjadi umat-Nya yang istimewa.


Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.


Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.


Wanita itu lari ke padang gurun, ke tempat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Di situ dia akan dipelihara selama 1,260 hari.


Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan.


dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu dan menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka meletakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu dan berkata,


Keempat-empat makhluk itu menyanyikan lagu-lagu kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Dia yang duduk di atas takhta itu, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Ketika makhluk-makhluk ini menyanyi,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan