Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi engkau, Daniel, rahsiakanlah kata-kata ini dan materaikanlah kitab itu sampai akhir zaman. Ramai orang akan pergi ke sana ke mari dan pengetahuan akan bertambah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:4
25 Iomraidhean Croise  

Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air.


Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.


Bulan akan bersinar seterang matahari, dan matahari akan bersinar tujuh kali lebih terang daripada biasa, seperti cahaya matahari selama tujuh hari dipancarkan sekaligus. Semua itu akan berlaku apabila TUHAN membalut dan menyembuhkan luka-luka umat-Nya yang telah didera-Nya.


Mata dan telinga mereka akan sentiasa terbuka untuk memperhatikan keperluan rakyat.


Kamu, pengikut-pengikutku, harus menyimpan dan memelihara perkhabaran yang telah diberikan Allah kepadaku.


Hai penduduk Yerusalem, susurilah jalan-jalan di kota kamu! Lihatlah di sekeliling kamu! Lihatlah sendiri! Carilah di pasar-pasar! Adakah kamu menjumpai satu orang yang berlaku jujur dan yang berusaha supaya setia kepada Allah? Jika ada, TUHAN akan mengampuni Yerusalem.


Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.


Sekarang aku datang untuk membolehkan engkau memahami hal yang akan berlaku kepada bangsamu. Penglihatan itu tentang masa depan.”


Para pemimpin rakyat yang bijaksana akan menolong banyak orang mendapat pengertian, tetapi untuk sementara waktu beberapa orang antara mereka akan terbunuh di medan perang atau dibakar sehingga mati. Ada pula yang dirompak dan dijadikan orang tawanan.


Apabila akhir kekuasaan raja Siria hampir tiba, raja Mesir akan menyerang dia. Tetapi raja Siria akan membalas serangan itu dengan segenap kekuatannya. Raja Siria akan menggunakan kereta kuda, kuda, dan banyak kapal. Seperti air bah, raja Siria akan menyerang banyak negeri,


Engkau Daniel, harus setia sampai akhir. Engkau akan meninggal, tetapi engkau akan bangkit untuk menerima ganjaranmu pada akhir zaman.”


Selepas itu aku nampak dua orang lelaki, yang satu berdiri di tebing sungai di sebelah sini, dan yang satu lagi di sebelah sana.


Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.


Gabriel mendekati aku dan berdiri di sisiku. Aku begitu takut sehingga aku meniarapkan diri. Gabriel berkata kepadaku, “Hai manusia fana, fahamilah maknanya. Penglihatan itu tentang akhir zaman.”


Katanya lagi, “Aku akan memberitahu engkau keadaannya kelak sebagai akibat kemurkaan Allah. Penglihatan itu tentang akhir zaman.


Penglihatan tentang korban pagi dan korban petang yang telah dinyatakan kepadamu itu juga akan berlaku. Tetapi rahsiakanlah hal itu, kerana masih lama lagi sebelum hal-hal itu berlaku.”


Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman.”


Tetapi aku bertanya: Betulkah mereka belum mendengar perkhabaran itu? Tentu mereka sudah mendengarnya, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Suara mereka terdengar di seluruh dunia; dan kata-kata mereka sampai ke hujung bumi.”


Sebaik sahaja tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak menulis apa yang dikatakan. Tetapi aku mendengar suara dari syurga berkata, “Rahsiakanlah apa yang dikatakan oleh tujuh guruh itu; jangan tulis hal itu!”


Dia berkata lagi, “Janganlah rahsiakan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, kerana sudah hampir masanya apabila semua perkara ini akan berlaku.


Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan