Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Ramai daripada kalangan yang tidur dalam tanah yang berdebu akan bangun, sebahagiannya untuk mendapat hidup kekal, manakala sebahagian lagi untuk mendapat celaan dan kehinaan yang kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:2
19 Iomraidhean Croise  

Orang bijak menerima penghargaan; orang bodoh menerima penghinaan.


Umat-Mu yang sudah mati akan hidup semula! Mayat mereka akan bangkit semula. Semua yang sudah dimasukkan ke dalam kubur, akan bangun dan bernyanyi dengan sukacita. Seperti embun yang berkilau-kilau menyegarkan bumi, demikian juga TUHAN akan menghidupkan mereka yang sudah lama mati.


Apabila mereka pulang, mereka akan nampak mayat-mayat orang yang memberontak terhadap Aku. Ulat yang memakan mayat mereka tidak akan mati, dan api yang membakar mereka tidak akan padam. Pemandangan itu sungguh mengerikan bagi semua manusia.”


Tetapi, Engkau, ya TUHAN, memihak aku; Engkau kuat dan perkasa. Mereka yang menganiaya aku akan jatuh dan tidak berdaya. Mereka akan dipermalukan selama-lamanya, kerana rancangan mereka tidak berjaya. Kehinaan mereka itu akan diingat selalu.


Oleh itu bernubuatlah kepada umat-Ku, Israel, dan beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja akan membuka kubur mereka. Aku akan mengeluarkan mereka dari situ dan membawa mereka pulang ke negeri Israel.


Aku tidak akan menyelamatkan umat ini dari dunia orang mati atau daripada kuasa maut. Hai maut, datangkanlah wabak! Hai dunia orang mati, datangkanlah kebinasaan! Aku tidak mengasihani umat ini lagi.


Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal.”


Seperti mereka, saya berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian - orang baik, mahupun orang jahat!


Lalu dia berlutut dan berseru dengan suara keras, “Ya Tuhan, ampunkanlah dosa mereka!” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal.


Bukankah orang yang membuat periuk berhak menggunakan tanah liat itu sekehendak hatinya? Dengan segumpal tanah liat, dia boleh membuat dua buah periuk: yang satu untuk kegunaan khas dan yang satu lagi untuk kegunaan sehari-hari.


Kita percaya bahawa Yesus sudah mati dan hidup semula. Demikian juga kita percaya bahawa mereka yang percaya kepada Yesus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan semula oleh Allah supaya hidup bersama-sama Yesus.


Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu. Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan