Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tidak lama selepas kemunculannya, kerajaannya akan terpecah dan terbahagi menurut empat arah mata angin. Tetapi kerajaan itu tidak akan menjadi milik keturunannya dan tidak akan berkuasa sebagaimana dia berkuasa, kerana kerajaannya akan dicabut dan diberikan kepada orang lain selain keturunannya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:4
24 Iomraidhean Croise  

Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan! Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa. Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,


Ada orang yang hidup seorang diri tanpa anak ataupun saudara. Namun, dia tidak berhenti-henti bekerja. Dia tidak puas hati dengan harta yang dimilikinya. Bagi siapakah dia membanting tulang serta menolak segala kesenangan? Bukankah itu sia-sia, dan satu cara hidup yang menyedihkan?


Tetapi selepas Aku membuang mereka, Aku akan mengasihani mereka lagi; setiap bangsa akan Kubawa kembali ke negeri mereka sendiri.


Tetapi bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, akan Kucabut seperti tanaman dan Kubinasakan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan,


Seluruh lembah itu, yang digunakan sebagai tanah perkuburan dan tempat pembuangan sampah, dan semua ladang di tepi Sungai Kidron sampai ke Pintu Gerbang Kuda ke arah timur, akan dikhaskan untuk Aku. Kota Yerusalem tidak akan diruntuhkan ataupun dimusnahkan lagi.”


Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini.


Aku akan menyebabkan angin dari segala arah meniupkan Elam, dan Aku akan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi pelarian dari Elam.


Allah berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, bernubuatlah kepada angin. Katakanlah bahawa TUHAN Raja memerintah angin supaya datang dari setiap arah untuk menghembuskan nafas ke dalam tubuh-tubuh ini sehingga hidup semula.”


yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.


Sedang aku memandang, seekor lagi binatang muncul. Rupanya seperti harimau bintang, tetapi belakangnya mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu mempunyai empat kepala, dan kelihatan berwibawa.


Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.


Empat buah tanduk yang muncul selepas tanduk yang pertama itu patah, bermakna kerajaan Yunani akan terpecah menjadi empat kerajaan yang tidak sekuat kerajaan yang pertama itu.


Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan.


TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Aku telah mencerai-beraikan kamu ke segala arah. Tetapi sekarang, hai orang buangan, larilah dari Babilonia dan kembalilah ke Yerusalem.


Dia menjawab, “Inilah empat angin yang baru datang dari hadirat Tuhan alam semesta.”


Yesus mengetahui fikiran orang Farisi, lalu berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.


Tetapi Allah berkata kepadanya, ‘Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?’ ”


Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan