Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 10:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, suatu hal dinyatakan kepada Daniel yang diberi nama Beltsazar. Hal itu benar dan mengenai suatu peperangan yang besar. Dia memahami hal itu dan mendapat pengertiannya melalui penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 10:1
28 Iomraidhean Croise  

Tuanku bermimpi dua kali; hal itu bermakna bahawa perkara itu telah ditetapkan oleh Allah, dan Allah akan melaksanakannya dengan segera.


Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, raja Persia, TUHAN menepati firman-Nya yang disampaikan oleh Nabi Yeremia. TUHAN menggerakkan hati Raja Kores supaya mengeluarkan titah bertulis untuk dibacakan di seluruh kerajaan baginda. Bunyi surat itu demikian,


Rakyat menyumbangkan wang untuk membayar upah tukang batu dan tukang kayu. Mereka juga menghantar makanan, minuman, dan minyak zaitun ke kota Tirus dan Sidon untuk ditukarkan dengan kayu sedar dari Lebanon. Kayu itu dibawa ke Yafo melalui laut. Semua pekerjaan itu dilakukan dengan kebenaran daripada Raja Kores, raja Persia.


Zerubabel, Yesua, dan para pemimpin umat berkata kepada mereka, “Kami tidak memerlukan bantuan kamu untuk membina Rumah bagi TUHAN, Allah kami. Kami sendiri akan membinanya, sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja Kores, raja Persia.”


Mereka juga memberikan rasuah kepada para pegawai kerajaan Persia supaya menggagalkan pembinaan itu. Mereka berbuat demikian sepanjang pemerintahan Raja Kores, bahkan sampai ke masa pemerintahan Raja Darius.


Para pemimpin orang Yahudi meneruskan pembinaan Rumah itu dengan pesat. Mereka digalakkan oleh Nabi Hagai dan Zakharia. Mereka menyelesaikan pembinaan Rumah itu menurut perintah Allah Israel dan perintah Raja Kores, Raja Darius, dan Raja Artahsasta, raja-raja Persia.


“Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, baginda memberikan perintah supaya Rumah TUHAN di Yerusalem dibina semula, sebagai tempat orang membawa persembahan dan membakar korban. Tinggi Rumah itu harus 27 meter dan lebarnya 27 meter.


Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku; engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku: engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula, dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”


Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.


Daniel terus berkhidmat di istana itu sehingga Raja Kores dari Persia, mula memerintah.


Ketua pegawai istana itu memberi mereka nama-nama baru, iaitu Beltsazar, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.


Sekarang aku datang untuk membolehkan engkau memahami hal yang akan berlaku kepada bangsamu. Penglihatan itu tentang masa depan.”


Semua yang aku katakan ini benar.” Malaikat itu berkata, “Tiga orang raja lagi akan memerintah Persia, diikuti oleh raja keempat yang akan menjadi lebih kaya daripada semuanya. Pada kemuncak kekuasaan dan kekayaannya, dia akan mencabar kerajaan Yunani.


Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”


Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.


Dialah yang menguasai musim dan masa; Dia melantik dan memecat raja; Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.


Kemudian Daniel datang menghadap beta. Dia juga dinamakan Beltsazar, menurut nama dewa beta. Daniel memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci, maka beta menceritakan mimpi beta kepadanya. Beta bertitah:


Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dia bijak dan pandai mentafsirkan mimpi, menjawab teka-teki, serta menyatakan rahsia. Nama orang itu Daniel, tetapi raja menamakan dia Beltsazar. Panggillah dia. Dia akan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.”


Daniel menjawab, “Hamba mohon tuanku menyimpan hadiah tuanku itu untuk tuanku sendiri, atau memberikannya kepada orang lain. Hamba akan membaca dan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.


Dia menolong dan menyelamatkan; melakukan mukjizat dan keajaiban, baik di bumi mahupun di syurga. Dia menyelamatkan Daniel daripada terkaman singa.”


Aku mendengar suara dari Sungai Ulai berkata, “Gabriel, terangkanlah makna penglihatan itu kepadanya.”


Penglihatan tentang korban pagi dan korban petang yang telah dinyatakan kepadamu itu juga akan berlaku. Tetapi rahsiakanlah hal itu, kerana masih lama lagi sebelum hal-hal itu berlaku.”


Apa yang aku katakan akan berlaku pada waktunya. Tetapi kerana engkau tidak percaya, engkau akan menjadi bisu sehingga apa yang aku katakan berlaku.”


Kemudian malaikat itu berkata kepadaku, “Tuliskan ini: Berbahagialah orang yang telah dijemput ke majlis perkahwinan Anak Domba itu.” Malaikat itu berkata lagi, “Inilah firman yang benar daripada Allah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan