Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tuhan membenarkan Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakim dan merampas sebahagian daripada barang-barang berharga di Rumah TUHAN. Raja Nebukadnezar membawa bersama-samanya beberapa orang tawanan dan menempatkan mereka di kuil dewa-dewanya di Babel. Baginda menyimpan barang-barang berharga itu di dalam gudang-gudang kuil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Tuhan menyerahkan Yoyakim, raja Yehuda, ke dalam tangannya berserta sebahagian daripada perkakas-perkakas Rumah Allah. Nebukadnezar membawa kesemua itu ke Tanah Sinear, ke kuil dewanya. Perkakas-perkakas itu dimasukkan ke dalam tempat perbendaharaan dewanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tuhan membenarkan Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakim dan merampas sebahagian daripada barang-barang berharga di Rumah TUHAN. Raja Nebukadnezar membawa bersama-samanya beberapa orang tawanan dan menempatkan mereka di kuil dewa-dewanya di Babel. Baginda menyimpan barang-barang berharga itu di dalam gudang-gudang kuil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:2
30 Iomraidhean Croise  

Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia.


Apabila mereka mengembara ke sebelah timur, mereka tiba di suatu dataran di Babilonia, lalu menetap di situ.


Pada masa pemerintahan Raja Yoyakim, Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Yehuda. Selama tiga tahun Raja Yoyakim terpaksa tunduk kepada Raja Nebukadnezar, tetapi kemudian Raja Yoyakim memberontak.


Raja Yoyakim berumur dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama sebelas tahun. Raja Yoyakim berdosa terhadap TUHAN, Allahnya.


Raja Nebukadnezar membawa sebahagian harta dari Rumah TUHAN ke istananya di Babel.


Raja Kores mengembalikan semua mangkuk dan cawan yang dahulu dipakai di dalam Rumah TUHAN di Yerusalem. Perkakas itu telah dibawa oleh Raja Nebukadnezar dan disimpan di dalam kuil dewa-dewanya sendiri.


Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh? TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya! Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nya ataupun mentaati ajaran-Nya.


Pada tahun keempat selepas Yoyakim putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda, aku mendapat perkhabaran daripada TUHAN tentang semua penduduk Yehuda. (Hal ini berlaku pada tahun pertama pemerintahan Raja Nebukadnezar di Babilonia.)


Kemudian aku memberitahu imam-imam dan semua rakyat bahawa TUHAN berfirman, “Jangan dengarkan nabi-nabi yang berkata bahawa tidak lama lagi harta benda Rumah-Ku akan dibawa kembali dari Babilonia. Mereka berdusta kepada kamu.


Dalam masa dua tahun ini Aku akan mengembalikan semua harta benda Rumah-Ku, yang telah diangkut oleh Raja Nebukadnezar ke Babilonia.


Tetapi apabila Raja Nebukadnezar menyerang negeri ini, kami mengambil keputusan untuk datang ke Yerusalem supaya lari daripada tentera Babilonia dan Siria. Itulah sebabnya kami tinggal di Yerusalem.”


“Khabarkanlah berita itu kepada bangsa-bangsa! Isytiharkanlah berita itu! Kibarkanlah panji-panji dan umumkanlah berita itu! Janganlah rahsiakan berita itu! Kota Babel telah jatuh! Merodakh, dewanya telah dihancurkan! Berhala-berhala Babel telah dipermalukan, patung-patungnya yang menjijikkan telah diremukkan!


Aku akan menghukum Bel, dewa negeri Babilonia, dan membuatnya menyerahkan barang-barang curiannya. Bangsa-bangsa tidak akan menyembahnya lagi. Tembok kota Babel sudah roboh.


Dengan segera Daniel dibawa menghadap raja. Raja bertanya kepadanya, “Kamukah Daniel, orang Yahudi buangan yang dibawa dari Yehuda ke sini oleh raja, ayahanda beta?


Allah Yang Maha Tinggi telah melantik ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar menjadi raja yang besar, serta memberi baginda kehormatan dan keagungan.


Bahkan mereka menyembah jala mereka dan mempersembahkan korban kepada jala itu, kerana jala memberi mereka rezeki berlimpah-limpah dan hidup mewah.


Dia menjawab, “Mereka membawanya ke Babilonia, dan akan membina kuil baginya di sana. Apabila kuil itu siap, bakul itu akan ditempatkan di situ untuk disembah.”


Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang, dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang? TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka; Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.


Oleh itu TUHAN sangat murka terhadap mereka, lalu membiarkan Raja Kusyan-Risyataim dari Mesopotamia menaklukkan mereka. Mereka diperintah oleh raja itu selama lapan tahun.


Oleh itu TUHAN membiarkan mereka dikalahkan oleh Raja Yabin, raja orang Kanaan yang memerintah di kota Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera, yang tinggal di Haroset-Hagoyim.


Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan