Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 4:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Engkau telah mengajar banyak orang, dan engkau menguatkan orang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Sesungguhnya, engkau telah mengajar ramai orang, dan engkau telah menguatkan tangan yang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Engkau telah mengajar banyak orang, dan engkau menguatkan orang lemah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 4:3
21 Iomraidhean Croise  

Aku sudah memilih dia supaya memerintah anak-anak dan keturunannya untuk taat kepada-Ku dan melakukan hal yang benar dan adil. Jika mereka berbuat demikian, Aku akan memenuhi segala janji-Ku kepada Abraham.”


Selama tujuh hari, dengan gembira mereka merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi. Mereka bersukacita kerana TUHAN telah menyebabkan raja negeri Asyur bermurah hati terhadap mereka, sehingga baginda menolong mereka membina semula Rumah TUHAN, Allah Israel.


Aku dapat menguatkan kamu dengan nasihatku, dan terus bercakap untuk menghiburkan kamu.


Setiap orang yang melihat aku atau mendengar tentang aku, mengucap pujian tentang jasaku.


Bagi orang buta, aku menjadi mata; bagi orang lumpuh, aku menjadi kaki mereka.


Bagi orang miskin, aku menjadi bapa; bagi orang asing, aku menjadi pembela.


Orang diam apabila aku memberikan nasihat, kata-kataku didengar mereka dengan cermat.


Kata-katamu yang memberikan semangat, membangunkan orang yang tersandung, lemah dan penat.


Perkataan orang baik merupakan berkat bagi banyak orang, tetapi orang bodoh mati kerana kebodohan mereka.


Pengetahuan disebarluaskan oleh orang bijak, bukan oleh orang bodoh.


Orang yang bijak terpuji kerana pengertiannya. Semakin halus perkataannya, semakin dapat menyakinkan orang.


Kuatkanlah tangan yang lemah, dan teguhkanlah lutut yang goyah.


TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan, supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu. Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginanku untuk mendengar ajaran-Nya bagiku.


Dengan dusta kamu itu kamu menawarkan hati orang baik, yang Aku tidak mahu apa-apakan. Kamu menggalakkan orang jahat supaya terus melakukan kejahatan sehingga mereka tidak dapat diselamatkan.


Akan tiba masanya orang berkata kepada Yerusalem, “Hai Bukit Sion, jangan takut dan jangan putus asa.


Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu.”


Malaikat dari syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia.


Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya.


Berikanlah petunjuk-petunjuk kepada Yosua. Kuatkanlah hatinya, kerana dialah yang akan memimpin umat ke seberang sungai untuk menduduki tanah yang engkau nampak itu.’


Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.


Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lemah dan lutut yang gementar!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan