Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 27:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 “Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup, yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 “Demi Allah yang hidup, yang telah mengambil hakku, demi Yang Maha Kuasa, yang telah membuat jiwaku menjadi getir,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 “Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup, yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 27:2
26 Iomraidhean Croise  

Yoab menjawab, “Aku bersumpah demi Allah yang hidup, jika kamu tidak berkata demikian, tentu anak buahku akan mengejar kamu sehingga esok pagi.”


Seorang nabi bernama Elia dari Tisbe di Gilead berkata kepada Raja Ahab, “Demi TUHAN yang hidup, Allah Israel yang hamba sembah, hamba memberitahu tuanku bahawa selama dua atau tiga tahun tidak akan ada embun ataupun hujan, sehingga hamba mengatakan ada hujan.”


Elia menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, Yang Maha Kuasa, yang saya sembah, saya berjanji akan menghadap raja pada hari ini juga.”


Tetapi apabila perempuan itu sampai di hadapan Elisa, dia bersujud dan memegang kaki Elisa. Gehazi hendak menyingkirkan dia, tetapi Elisa berkata, “Biarkanlah dia. Tidakkah kamu tahu bahawa dia sedang berdukacita? Tetapi TUHAN belum memberitahu aku apa-apa.”


Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?


Allah telah menyerahkan aku kepada orang derhaka; aku dijatuhkan-Nya ke dalam tangan orang durjana.


Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku. Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.


Allah Yang Maha Kuasa telah mematahkan semangatku. Aku takut kerana Allah, dan bukan kerana kegelapan, walaupun kegelapan mengelilingi aku dan menutupi wajahku.


Ayub berkata, ‘Aku tidak bersalah, tetapi Allah tidak memberikan keadilan kepadaku.


Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil, dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?


Dia meremukkan aku dengan ribut taufan, dan menambah lukaku tanpa alasan.


Dia tidak membenarkan aku menarik nafas; Dia memenuhi hidupku dengan kepahitan.


Jika demikian, hai Israel, mengapakah kamu mengeluh, bahawa TUHAN tidak tahu akan kesusahan kamu, dan tidak mempedulikan hak kamu?


Jika dengan sepenuh hati mereka mahu menerima agama umat-Ku dan bersumpah dengan berkata, ‘Demi TUHAN yang hidup,’ - seperti mereka mengajarkan umat-Ku bersumpah demi Baal dahulu - maka mereka pun akan tergolong umat-Ku dan menjadi makmur.


kamu boleh bersumpah demi nama-Ku. Kemudian semua bangsa akan meminta Aku memberkati mereka, dan mereka akan memuji Aku.”


Walaupun kamu berkata bahawa kamu menyembah TUHAN, kamu tidak bermaksud demikian.


Beritahulah mereka bahawa demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. Hai Israel, berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?


Tetapi Aku berjanji demi diri-Ku dan demi Aku yang hidup dan berkuasa di bumi ini,


Tetapi tinggallah di sini dahulu. Esok pagi, jika saudara itu mahu bertanggungjawab terhadap hidupmu, baiklah. Jika tidak, saya berjanji demi Allah yang hidup bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hidupmu. Sekarang tidurlah hingga pagi.”


Beta berjanji demi TUHAN yang hidup, yang memberikan kemenangan kepada Israel, bahawa orang yang bersalah itu akan dihukum mati, sekalipun dia Yonatan putera beta sendiri.” Tetapi tiada seorang pun yang menjawab.


Tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati? Bukankah dia yang sudah mendapat kemenangan yang besar ini? Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa seutas rambut Yonatan pun tidak akan diusik! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan pada hari ini.” Demikianlah rakyat menyelamatkan Yonatan daripada hukuman mati.


Kemudian aku akan menyuruh hambaku mencari anak panah itu. Jika aku berkata kepadanya, ‘Lihatlah, anak panah itu lebih dekat lagi ke mari, ambillah,’ itu bermakna bahawa engkau selamat dan boleh keluar. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa engkau tidak dalam bahaya apa pun.


TUHAN sudah mencegah tuan membalas dendam dan membunuh musuh tuan. Sekarang saya bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa musuh tuan dan semua orang yang hendak berbuat jahat terhadap tuan akan dihukum seperti Nabal.


TUHAN sudah menahan aku berbuat jahat terhadapmu. Demi TUHAN, Allah Israel yang hidup, seandainya kamu tidak segera menemui aku, sudah tentu semua anak buah Nabal telah mati pada waktu matahari terbit!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan