Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 24:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri, maka orang papa terpaksa bersembunyi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Mereka mendorong fakir miskin dari jalan, fakir miskin di negeri terpaksa bersembunyi bersama-sama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri, maka orang papa terpaksa bersembunyi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 24:4
22 Iomraidhean Croise  

Pada waktu subuh, pembunuh keluar membunuh orang miskin; dan pada waktu malam, mereka keluar mencuri.


Kepada orang miskin, aku memberikan bantuan; kepada anak yatim piatu yang tiada tempat bergantung, aku memberikan pertolongan.


Bagi orang miskin, aku menjadi bapa; bagi orang asing, aku menjadi pembela.


Tidakkah aku menangis bersama-sama orang dalam kesusahan, dan mengasihani orang yang berkekurangan?


Aku belum pernah enggan menolong orang yang papa, dan belum pernah membiarkan balu hidup putus asa.


Ketika aku bertemu dengan orang yang berkekurangan, yang terlalu miskin untuk membeli pakaian,


Musuhku itu tidak pernah berniat untuk berbuat baik; dia menganiaya dan membunuh orang yang miskin, yang sengsara, dan yang tidak berdaya.


Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.


Sesiapa yang menindas orang miskin, menghina Pencipta mereka; sesiapa yang baik terhadap orang miskin, menghormati Allah.


Sesiapa yang menindas orang miskin untuk menjadi kaya atau memberikan hadiah kepada orang kaya, pada akhirnya akan melarat.


Apabila orang baik menjadi penguasa, semua orang bersukacita, tetapi jika orang jahat memerintah, semua orang bersembunyi.


Apabila orang jahat menjadi penguasa, rakyat bersembunyi; tetapi apabila orang jahat binasa, orang adil akan memerintah lagi di merata tempat.


Ada orang memperdaya orang yang miskin dan susah. Demikianlah cara mereka mencari nafkah.


Begitulah caranya kamu menghalang orang miskin mendapat hak mereka dan keadilan, serta merampas milik para balu dan anak yatim piatu.


Dia menipu orang miskin, merompak, dan tidak mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia pergi ke kuil-kuil dan menyembah berhala yang menjijikkan,


Sebaliknya, bapanya yang menipu, merompak dan selalu melakukan kejahatan terhadap semua orang, akan mati kerana dosa yang telah dilakukannya sendiri.


Orang kaya menipu dan merompak. Mereka menganiaya orang miskin dan memperdayakan orang asing.


Mereka menginjak-injak orang lemah yang tidak berdaya dan menyingkirkan orang miskin. Bapa dan anak lelakinya meniduri abdi perempuan yang sama, sehingga mencemarkan nama-Ku yang suci.


Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan