Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 24:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman, supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 “Mengapakah Yang Maha Kuasa tidak menentukan masa penghakiman? Mengapakah kalangan yang mengenal Dia tidak melihat hari pengadilan-Nya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman, supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 24:1
29 Iomraidhean Croise  

TUHAN berfirman dalam hati, “Aku tidak mahu merahsiakan perkara yang akan Aku lakukan daripada Abraham.


Tujuh hari lagi Aku akan menurunkan hujan yang tidak akan berhenti selama empat puluh hari dan empat puluh malam, supaya semua makhluk hidup yang sudah Aku ciptakan itu binasa.”


Orang jahat ditimpa penderitaan sepanjang masa, orang ganas akan hidup terseksa sepanjang umur mereka.


Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; Engkaulah Allahku.


Engkaulah sumber segala kehidupan, dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.


TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada masa kesusahan.


Aku berfikir, Allah akan mengadili orang baik dan orang jahat, kerana setiap perkara dan setiap tindakan akan berlaku pada waktunya yang tertentu.


Pada hari itu TUHAN Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong.


Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhina akan menjadi bangsa yang kuat. Pada masa yang tepat kelak, Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”


Inilah hari TUHAN Raja Yang Maha Kuasa: hari ini Dia akan membalas dendam; hari ini Dia akan menghukum musuh-Nya. Pedang-Nya akan makan mereka sehingga kenyang, dan minum darah mereka sehingga puas. Hari ini Yang Maha Kuasa menyembelih korban-korban-Nya, di utara, dekat Sungai Efrat.


Dialah yang menguasai musim dan masa; Dia melantik dan memecat raja; Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.


“Sudah hampir harinya, apabila Aku, TUHAN menghakimi semua bangsa. Hai orang Edom, apa yang telah kamu lakukan, akan dilakukan juga kepada kamu. Kamu akan dibalas tepat seperti apa yang telah kamu lakukan.


Hari TUHAN sudah hampir. Pada hari itu Dia akan menghakimi orang; oleh itu berdiam dirilah di hadapan-Nya. TUHAN sedang bersedia untuk membantai umat-Nya seperti binatang disembelih untuk korban, dan Dia telah menjemput musuh untuk menjarah Yehuda.


Pada masa banjir belum melanda, orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera.


Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.


Yesus menjawab, “Kamu tidak perlu mengetahui masa dan waktu yang sudah ditetapkan oleh Bapa-Ku, kerana hal itu hak-Nya.


Daripada seorang manusia, Dia menjadikan semua bangsa dan menyuruh mereka mendiami seluruh bumi. Sejak permulaan Dia juga menetapkan masa dan tempat mereka boleh hidup.


Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil.


Saudara-saudara seiman, kami tidak perlu menulis tentang masa dan waktu, apabila perkara-perkara ini akan berlaku.


Roh Allah dengan jelas mengatakan bahawa pada akhir zaman beberapa orang akan menyangkal Kristus. Mereka akan taat kepada roh yang menyesatkan dan kepada ajaran roh jahat.


Kedatangan-Nya akan ditentukan pada waktu yang tepat oleh Allah sendiri. Dialah Penguasa Satu-satunya, Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.


Guru-guru palsu ini tamak; mereka mencari keuntungan dengan jalan menceritakan cerita-cerita rekaan mereka sendiri kepada kamu. Sejak dahulu Allah telah menjatuhkan hukuman kepada mereka, dan kebinasaan yang telah ditetapkan-Nya menunggu-nunggu mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan