Ayub 2:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku.” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Firman TUHAN kepada Iblis, “Sudahkah kauperhatikan hamba-Ku Ayub? Sesungguhnya, tidak ada orang yang seperti dia di bumi. Dia tidak bercela, tulus dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan. Dia tetap berpegang teguh pada kesalihannya, sungguhpun engkau telah menghasut Aku untuk membinasakan dia dengan tidak semena-mena.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku.” Faic an caibideil |
Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan, dan penghormatan daripada Allah.
Tetapi setelah kamu menanggung penderitaan untuk sementara waktu, Allah sendiri akan menyempurnakan kamu. Dia akan menegakkan, menguatkan, dan mengukuhkan kamu, kerana Dia Allah yang sangat baik hati dan yang sudah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus.