Ayub 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 serta memiliki sebanyak 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 1,000 ekor lembu, dan 500 ekor keldai. Dia juga mempunyai banyak hamba, dan dialah orang yang paling kaya antara penduduk di daerah Timur. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Miliknya termasuk 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 500 pasang lembu, 500 ekor keldai betina, dan ramai hamba. Oleh itu, dia menjadi orang terkaya antara semua orang di timur. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 serta memiliki sebanyak 7,000 ekor domba, 3,000 ekor unta, 1,000 ekor lembu, dan 500 ekor keldai. Dia juga mempunyai banyak hamba, dan dialah orang yang paling kaya antara penduduk di daerah Timur. Faic an caibideil |
Baginda juga membina menara-menara berkubu di tanah lapang dan menggali perigi-perigi, kerana baginda mempunyai banyak ternakan di kaki bukit di sebelah barat dan di tanah rata. Raja Uzia suka akan pertanian; oleh itu baginda menggalakkan rakyat supaya mengusahakan ladang anggur di kawasan perbukitan dan mengerjakan tanah yang subur.
Di kota Maon ada seorang lelaki bernama Nabal, daripada puak Kaleb. Dia mempunyai tanah dekat kota Karmel. Dia sangat kaya dan mempunyai tiga ribu ekor domba dan seribu ekor kambing. Abigail isterinya, cerdas dan cantik, tetapi Nabal bertabiat kasar dan berkelakuan buruk. Pada suatu masa Nabal sedang menggunting bulu dombanya di Karmel.